PIJAK GAMBAR PM ISU TERPENCIL TAPI KECOH BILA GAMBAR NIK AZIZ DAN HADI AWANG DIHINA



Kenyataan PAS sebelum ini yang mendakwa insiden pijak gambar Perdana Menteri Najib Razak pada malam ambang merdeka itu dianggap isu terpencil. Perbuatan yang secara langsung tidak mencerminkan keislaman itu dianggap terpencil oleh PAS walaupun ia secara jelas ia melangkaui perbuatan manusia.

Akibatnya, insiden dan perbuatan yang sama telah berlaku ke atas pemimpin PAS. Tetapi, tidak pula pemimpin PAS kata ia isu terpencil? Kenapa bila dah kena batang hidung sendiri PAS mula berdolak dalih.

Terbaru, insiden sekeping gambar yang disebarkan di internet yang telah mempamerkan aksi dua pemuda sedang melakukan perbuatan tidak senonoh kepada gambar Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dicetak pada kain rentang.

Akibat tidak dapat menerima realiti terhadap perbuatan itu, Pemuda PAS Padang Terap telah membuat laporan polis. Laporan polis dibuat Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria dan Ahli Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat, Azman Shafawi Abdul Rani di Balai Polis Kuala Nerang.

Menurut Mohd Nasir, tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab dalam mencetak dan mempamerkan gambar tersebut sesuatu yang melampau dan penghinaan terhadap pemimpin PAS dan PR. Perbuatan tidak bermoral itu bukan ajaran Islam dan pihak berkuasa perlu bertindak adil kepada semua pihak yang terlibat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 12, 2012 at 1:53 PM

ulamak penipu akhir zaman selalu cakap tak serupa bikin, kokok berderai derai ekor bergelumbang taik busuk.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger