PIJAK GAMBAR PM BUKTIKAN PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG BIADAP DAN KURANG AJAR



Himpunan Janji Bersih anjuran Pakatan Pembangkang pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos lepas telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia atas tindakan kurang ajar dan biadap penyokong Pakatan Pembangkang.

Apakah pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang sebegini yang dimahukan rakyat memerintah Malaysia pada masa akan datang?

Jika dahulu penyokong Pakatan Pembangkang mengkalungkan bunga ke atas potret Perdana Menteri, tetapi kini lebih kurang ajar dengan memijak potret Perdana Menteri. Malah lebih biadap lagi sanggup menunjukkan punggung ke atas potret Perdana Menteri.

Melihat kepada video pada malam kejadian, kebanyakan mereka yang bertindak berbuat demikian terdiri daripada penyokong Pakatan Pembangkang daripada kau Cina. Mereka ini adalah golongan penyokong tegar DAP yang mahukan Malaysia ini menjadi negara republik.

Bagaimanakah jika potret yang dipijak dan ditunjukkan punggung itu adalah keluarga mereka sama ada ibu atau bapa mereka? Apakah perasaan mereka ketika itu?

Nescaya, melihat perlakuan biadap dan kurang ajar penyokong Pakatan Pembangkang pada malam itu adalah keterlaluan. Inilah politik yang cuba dibawa Pakatan Pembangkang pada hari ini yang bersifat keji dan membahayakan.

Rakyat perlu membuka mata bahawa politik Malaysia pada hari ini sangat kotor disebabkan tangan-tangan pemimpin Pakatan Pembangkang. Sikap mementingkan diri sendiri dan sanggup membenci pemimpin lain adalah politik Pakatan Pembangkang yang cuba mahu menerapkannya kepada rakyat Malaysia. Ini benar-benar bahaya dan harus diketepikan demi masa depan anak dan cucu kita. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 2, 2012 at 9:37 PM

Mereka ini semakin melampau ! dan akan terus melampau.!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger