PAS: PAKATAN PEMBANGKANG CABAR BN SATU LAWAN SATU DI SARAWAK



Seakan-akan tidak terjejas dengan isu yang berlaku antara PAS dengan PKR dan DAP, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli menegaskan Pakatan Pembangkang akan mencabar BN di setiap kerusi Parlimen yang ada di Sarawak.

Walaupun PAS masih belum mengetahui status kerusi yang ditandinginya, namun disebabkan ketaksubannya untuk ke Putrajaya, PAS seolah-olah menidakkan peranan DAP dan PKR.

Di Sarawak, PAS bukanlah parti politik yang popular mahupun disukai rakyat memandangkan majoriti penduduknya adalah Kristian. Jadi, untuk mendapatkan lebih banyak sokongan PAS terpaksa membuka keahliannya di kalangan masyarakat Bumiputera seperti Iban dan Bidayuh yang bukan beragama Islam.

Melihat kepada situasi politik semasa di Sarawak, DAP menguasai kedudukan berbanding PKR dan PAS. Oleh yang demikian, PAS tidak layak untuk bersuara dalam mengarahkan DAP dan PKR dalam pembahagian kerusi.

Sehingga kini, Pakatan Pembangkang di Sarawak masih belum mencapai kata sepakat untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen. Hakikatnya, Pakatan Pembangkang lupa bahawa di Sarawak masih terdapa parti politik tempatan yang berhaluan kiri seperti SNAP dan terbaru SWP.

Untuk melihat satu lawan satu seperti yang dimahukan PAS agak sukar kerana mereka hanya melihat dalam konteks Pakatan Pembangkang dan bukan dalam konteks politik Sarawak sebenarnya. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

September 5, 2012 at 12:07 PM

pakcik hatta nk buat lawak la pulak. memang tradisi bn bertanding semua kerusi dun & parlimen. apasal pulak nk cabar2, nk bertanding masuk la gelanggang. yg kekadang terjadi lebih 2 penjuru bukan salah bn. sapa yg layak boleh bertanding. asyik nk tuding jari kt org je la. dh bnyk kali dh Allah balikkan jari cucuk mata sendiri, masih tak sedar2...

Anonymous
September 5, 2012 at 2:25 PM

cukup lawak....kehkehkehkehkeh

September 7, 2012 at 3:12 AM

Tentu dia ingat BN akan "bayar" calon 3, calon 4, calon 5 dan seterusnya supaya undi pembangkang berterabur..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger