NIK AZIZ MARAHKAN RAKYAT KELANTAN SEBAGAI KURANG AJAR



Kejadian menyimbah cat merah dan membaling batu ke arah bas yang membawa Anwar Ibrahim dan rombongan PKR untuk program Jelajah Merdeka Rakyat membuktikan betapa rendah moral dan tahap berpolitik rakyat Kelantan.

Ketika perjalanan di Kota Bharu, 1 September lalu, bas itu sekali lagi telah disimbah cat merah dan dibaling batu ketika tiba untuk program Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Melaka di Jasin, Melaka.

Ketua Penerangan PKR Kelantan, Mohd Roslan Puteh menyatakan beliau percaya tindakan jahat itu sudah dirancang lebih awal dan jadi agenda nasional rakyat Kelantan yang tidak mahu kehadiran Anwar Ibrahim dan PKR ke Kelantan. Malah itu dikatakan tanda amaran kepada PKR yang memperalatkan PAS.

Kehadiran Anwar Ibrahim dan rombongan ke Kelantan dalam misi Jelajah Merdeka Rakyat telah disambut dengan kata-kata hinaan dan cacian yang ditulis rakyat Kelantan dan dipasang di tepi Lebuh Raya Timur Barat iaitu di Hentian Titiwangsa yang jadi laluan konvoi untuk menuju ke Grik dan Pengkalan Hulu.

Rombongan jelajah disertai Anwar yang singgah di Kota Bharu pada keesokan harinya bagaimana pun dikejutkan dengan insiden cermin hadapan bas itu dipecahkan dan disimbah cat merah.

Kejadian simbah cat dan dibaling batu mendapat perhatian Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz yang menyifatkan perlakuan seperti itu amat memalukan dan kecewa dengan tabiat rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan tidak pernah diajar ajar untuk kurang ajar dan sepatutnya mereka menyambut kehadiran Anwar Ibrahim dan rombongannya dengan meriah dan kalungan bunga.

Ternyata, rakyat Kelantan kini sudah menolak Anwar Ibrahim dan PKR di Kelantan. Sewajarnya Anwar dan PKR mengambil iktibar agar tidak lagi bercita-cita mahu menempatkan PKR di Kelantan. Rakyat Kelantan sudah mula sedar siapa yang menepati janji dan siapa pula yang mengingkari janji dan janji kosong. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 11, 2012 at 8:59 AM

tak de ke fatwa baru nak keluar pasal baling batu dan simbah cat ni.
kau mungkin tak sesat, tapi mungkin boleh menyesatkan orang lain.

Anonymous
September 11, 2012 at 10:06 AM

Password dia. Ya insong matakaji semara illam.

Anonymous
September 11, 2012 at 2:23 PM

pok nik marah pasal dia tak ada mukdizat dan ilmu ghaib nak memagar bas sipenjubo dari dicerobohi....ulamak pewaris nabi kononnnnnn.....kehkehkeh.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger