NGEH KOO HAM HINA ISLAM DI MALAYSIA



Ketika umat Islam Malaysia menyertai jutaan umat Islam di dunia mengutuk filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad S.A.W, pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham mencetuskan provokasi dan kemarahan umat Islam di Malaysia dengan melabelkan bantahan rakyat Malaysia terhadap filem itu hanyalah membuang masa.

Walaupun kenyataan itu bertujuan untuk membalas kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin yang mengutuk sekeras-kerasnya penghasilan dan penayangan filem Innocence of Muslims yang disifatkan keterlaluan dan mempunyai agenda jahat terhadap umat Islam di dunia namun ianya juga ditujukan kepada seluruh umat Islam termasuk PAS yang menentang filem Innocence of Muslims. UMNO sebagai parti tunjang yang mewakili majoriti umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penayangan filen itu di Malaysia dan di laman YouTube.

Selain UMNO, Gerakan menerusi Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Khoon juga membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem Innocence of Muslims yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam di dunia.

Sehingga kini, DAP dan PKR langsung tidak membuat sebarang kenyataan dalam membantah penayangan filem Innocence of Muslims kecuali PAS.

Manakala, PAS rakan seperjuangan DAP dan PKR dalam Pakatan Pembangkang juga mengutuk tindakan penayangan filem Innocence of Muslims yang benar-benar melampau dan tidak dapat diterima umat Islam di Malaysia terutama ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, DAP rakan karib PAS dalam Pakatan Pembangkang bersifat sebaliknya.

Perbuatan Ngeh Koo Ham itu benar-benar melukakan hati umat Islam di Malaysia. Umat Islam di Malaysia sebelum ini menyertai umat Islam di dunia mengadakan bantahan secara aman dalam penayangan filem itu.

Sebelum ini, Karpal Singh lantang menyuarakan pendapatnya yang menentang pelaksanaan hukum hudud dan menjadikan Malaysia sebagai negara Islam jika Pakatan Pembangkang menang pada PRU-13. 

Di manakah sensitiviti pemimpin DAP terhadap agama Islam? DAP memang anti Islam.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 18, 2012 at 9:01 PM

APA AGAKNYA POK NIK AZIZ DAN PAS KATA.HARAP2 PENCACAI2 TAK TAKBEER! ATAS KOMEN NGEH KOO HAM NI.LAGI GELAPLAH JALAN MENUJU KE PUTRAJAYA BUAT PAKATAN. THE TRUTH HAS PREVAIL...ITULAH SIKAP DAP BUAT AGAMA ISLAM...ALLAH TELAH TUNJUKKAN KEBENARAN SIKAP MEREKA.JANGAN TUDUH KONSPIRASI UMNO ATAS TWEET TERSEBUT.

Anonymous
September 19, 2012 at 1:25 PM

Ketika jutaan umat islam mengutuk, tiba2 tak pasal2 si-ngeh babi terkutuk ni pulak yg kepanasan. Hakikatnya iblis yg ada pada diri sibabi tua ni telah membakar seluruh bathinnya pasal tu lah dia merapu kepanasan tak tentu pasal....ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu(iblis)akan dibakar oleh iblis.....Padan muka babi penghasut....Hahahahaha.


-org tua gila-

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger