LAJIM UKIM ‘DIPAKSA’ BELI SURAT CINTA ANWAR IBRAHIM GUNA WANG RAKYAT



Bagi meraih simpati rakyat Malaysia kononnya Pakatan Pembangkang ‘TIDAK’ mempunyai dana untuk menghadapi PRU-13, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim telah mengadakan lelongan barangan peribadi kepada ahli-ahli Pakatan Pembangkang. Hasil penjualan lelongan barangan peribadi kedua-dua pemimpin Pakatan Pembangkang itu nanti akan digunakan untuk membiayai kempen Pakatan Pembangkang yang dijadualkan tidak lama lagi.

Aktiviti lelongan itu hanyalah gimik politik kononnya Pakatan Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan dalam membiayai kempen politik mereka walhal dana yang diteri daripada George Soros sebelum ini masih disimpan untuk kegunaan PRU-13. Tujuan mereka mengadakan lelongan hanyalah untuk meraih simpati.

Malaysiakini, SUARAM dan Pakatan Pembangkang menerima dana daripada NED yang merupakan NGO antarabangsa yang dibiayai George Soros, penyagak mata wang antarabangsa yang pernah melumpuhkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Dalam lelongan itu, Lajim Ukim, bekas pemimpin UMNO Sabah yang telah keluar parti pada Ogos lepas telah ‘dipaksa’ untuk membeli surat cinta Anwar Ibrahim yang ditulisnya kepada Wan Azizah sewaktu berada di dalam penjara dahulu dengan nilai RM50,000.

Selain surat cinta Anwar Ibrahim, turut dilelong ialah tongkat Nik Aziz yang pernah digunakan sewaktu sakit belakang selepas menjalani pembedahan dengan nilai RM12,000. Juga, lukisan yang dilukis Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000.

DAP tidak ketinggalan dalam lelongan itu apabila Lim Guan Eng menjual pen yang pernah digunakan sewaktu di dalam penjara dengan harga RM23,000. Pen tersebut telah dibeli oleh rakannya dari Selangor, Roniie Liu hasil daripada wang kelab malam dan rumah urut.


Manakala, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak ketinggalan dalam melelong barangan peribadinya apabila menjual gambar dan terendak dengan harga RM17,000. Barangan tersebut berjaya dijual kepada Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor, Sri Jalaraman.

Begitu juga barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden PAS yang berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Syed Husin Ali (RM15,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).

Secara keseluruhannya, Pakatan Pembangkang telah berjaya mengumpul lebih RM200,000 termasuk hasil jualan meja sebanyak RM22,000.

Ternyata, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menggunakan wang yang diperuntukan kepada mereka untuk membangunkan kawasan DUN dan Parlimen digunakan untuk membeli barangan lelongan itu. Apakah gaji atau elaun Yang Berhormat ‘mampu’ untuk membeli barangan tersebut?

Selama ini mereka kononnya memperjuangkan ‘wang rakyat’, tetapi kini merekalah yang membazirkan ‘wang rakyat’ untuk keperluan yang tidak berfaedah. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 29, 2012 at 10:27 PM

Menampakkan si-pembohong alpenipu sudah kekeringan termasok kekeringan akal dan semangat....kehkehkeh.

Anonymous
September 29, 2012 at 11:46 PM

banyak duit beli barang lelong ye?
atau duit tu mmg dana soros? konon2 buat lelong nak mengaburi mata rakyat yang wang kutipan dari hasil jualan lelong. taktik baru ke? takut akaun kena siasat terima wang dari soros, tetiba lelong brg entah apa yg boleh sampai 50k. nnt takde la org (penyokong tegar) kata duit kempen dr soros, betul tak? bersungguh2 la penyokong bermati2an mempertahankan si penipu yg dia guna duit utk kempen pru guna duit dr hasil jualan lelong.
mana dtg duit 50k utk beli sehelai kertas? skrg ni mcm2 cara boleh buat, tambah lg dgn bantuan amerika, nak buat surat nmpk mcm dh seratus tahun pun boleh. apatah lagi yg 20-30 thn.
cuma tertanya2, beli surat cinta org smp 50k tu utk apa? boleh bantu rakyat kt kwsn parlimen ke, yb?

Anonymous
September 30, 2012 at 3:08 AM

Yang beli brg dorang tu org2 mereka sendiri,ada betulkh atau gimik saja..??. Guna duit peribadi ker duit rakyat??kalau guna duit parti sendiri maknanya menipu lagi lah tu kan??

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger