KHALID IBRAGIM NAFI UNISEL RUGI DAN SALAHKAN JURU AUDIT



Selepas Datuk Seri Noh Omar membongkarkan keadaan sebenar UNISEL yang didakwa tenat akibat rugi semenjak diambilalih Pakatan Pembangkang, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menganggap kerugian itu tidak diselaraskan dengan sepenuhnya dan menyalahkan juruaudit.

Noh Omar semalam telah membentangkan laporan kewangan UNISEL yang telah diaudit dengan keseluruhannya mencatat kerugian sebanyak RM54.8 juta.

Menurut Noh, berdasarkan salinan Laporan Audit Unisel bagi 2009-2010, universiti yang ditadbir Kerajaan Negeri Selangor itu menunjukkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.

Khalid Ibrahim bagaimanapun tidak menafi dan mengakui kebenaran salinan laporan audit itu. Cumanya, Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang memerlukan masa untuk membentangkannya kepada rakyat.

Khalid Ibrahim sebelum ini telah berdolak dalih mahu membentangkan laporan kewangan UNISEL dan telah berjanji akan mengemukakannya pada bulan Ogos lepas. Namun, sudah habis bulan Ramadhan yang jatuhnya bulan Ogos dan kini di pertengahan September, Khalid Ibrahim masih juga belum membentangkan laporan kewangan UNISEL. Sebagai anak Selangor, Noh Omar mahu mengetahui sejauh mana kewangan UNISEL yang dikatakan kini tenat akibat kekurangan pengambilan pelajar dan masalah penginapan yang melanda UNISEL baru-baru ini.

Khalid Ibrahim menyatakan pihaknya memerlukan masa untuk membentang laporan kewangan universiti itu sebab perlu melalui beberapa proses seperti dibawa ke peringkat Mesyuarat Agung Tahunan dan audit bebas untuk mendapatkan kelulusan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger