KETUA PAK GUARD KEDUTAAN AS TERIMA MEMORENDUM PEMUDA PAS



Apalah malang nasib Pemuda PAS petang tadi apabila Chief Pak Guard yang bekerja di Kedutaan Amerika Syarikat diarah untuk menerima memorendum bantahan filem Innocence of Muslims. Ini sesuatu yang amat memalukan!

Selain Chief Pak Guard, tiada seorang pun wakil Kedutaan Amerika Syarikat yang mahu menerima memorendum daripada Ketua Pemuda PAS itu. Apakah Kedutaan Amerika Syarikat tidak mahu menerima kehadiran Ketua Pemuda PAS?

Dengan nada kesal, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan menyifatkan layanan Kedutaan Amerika Syarikat dalam menerima memorendum itu sebagai biadap. Ini tidak seharusnya diterima Ketua Pemuda PAS yang selama ini menghormati Yahudi itu bersama Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Walaupun hanya diterima Chief Pak Guard, Nasrudin Hasan mengharapkan memorendum itu sampai ke tangan wakil Kedutaan Amerika Syarikat seperti mana yang diharapkan. Jangan memorendum PAS itu terperap di atas meja atau dibuang dalam tong sampah.

Nasrudin Hasan menjelaskan umat Islam di Malaysia kecewa dengan tindakan dan sikap Amerika Syarikat yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam filem anti-Islam Innocence of Muslims. Ini merupakan satu provokasi yang melampau mencetus kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam tidak pernah menghina dan memperlekehkan agama lain yang sedia maklum jika dilakukan akan mengundang huru-hara di dalam negara. Tetapi, yang menjadi persoalan kenapa PAS yang selama ini bersama PKR dan DAP tidak pernah membantah dan mengkritik wang yang diperolehi mereka untuk digunakan dalam pilihan raya? Terbaru, Pakatan Pembangkang selama ini dibiayai George Soros yang juga penyagak mata wang dunia yang berketurunan Yahudi? Agaknya Pakatan Pembangkang takut sumber kewangan mereka akan terputus.

Jika benar Pakatan Pembangkang berjiwa Islam, PAS didesak keluar Pakatan Pembangkang kerana secara terang DAP anti-Islam mengikut kenyataan yang dikeluarkan Ngeh Koo Ham yang menentang bantahan yang dilakukan umat Islam di Malaysia dan di dunia.

PAS jangan hanya pandai bermain kata-kata tanpa melaksanakannya. Umum mengetahui PAS sememangnya tidak sebulu dengan DAP lebih-lebih lagi membabitkan soal agama Islam. Namun, demi kelangsungan politik, PAS sanggup diperkudakan DAP hanya mahu menuju ke Putrajaya. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 22, 2012 at 6:39 AM

PKR n DAP x join demo sekali ke...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger