KETEPIKAN SULTAN AGENDA TERSIRAT MAHU JADIKAN MALAYSIA SEBUAH REPUBLIK



Kebiadapan Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim yang tidak menjemput Sultan Selangor seperti mana kelaziman yang dilakukan kerajaan BN sewaktu memerintah Selangor.

Malah, sambutan kemerdekaan yang diadakan Kerajaan Selangor sebaliknya mengutamakan Anwar Ibrahim atas kapasiti Penasihat Ekonomi Selangor.

Tindakan membelakangkan Sultan Selangor dalam menyertai kemerdekaan negara telah membuatkan seluruh kerabat Istana Selangor dipinggirkan sedangkan hak setiap rakyat untuk menyambutnya.

Manakala, jawapan tegas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menganggap tindakan untuk tidak memaklum serta menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah berangkat ke sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang dianjurkan kerajaan negeri adalah amalan biasa.

Berbeza dengan negeri lain di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang menjemput Sultan dan TYT yang bertindak sebagai ketua negeri ke majlis sambutan kemerdekaan.

Dengan nada marah, Khalid Ibrahim menjelaskan baginda memang tiada dalam senarai tetamu kehormat yang dijemput kerajaan negeri sebaliknya hanya Anwar Ibrahim sahaja yang menjadi tetamu kehormat.

Situasi terbaru itu benar-benar telah melukakan hati dan perasaan Sultan Selangor dan perlakuan Kerajaan Selangor itu seolah-olah gambaran Pakatan Pembangkang mahu menghapuskan instiusi beraja dan menjadikan sebagai sebuah republik. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 2, 2012 at 8:21 AM

Belum berkuasa penuh lagi sudah mula tunjuk taring. Kalau dah dapat Putrajaya, apakah akan jadi The Republik of Pakathan dan diketuai oleh President pertama Al Jub?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger