KERAJAAN SARAWAK SUDAH MAAFKAN TV3



Setiap insan bernama manusia, pastinya akan ada melakukan kesilapan termasuklah pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin.

Pada siaran langsung Perhimpunan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Nurul Syuhada telah menyatakan sesuatu ke atas pemilihan Bahagian Bintulu yang dikatakan daif dalam mengadakan Hari Malaysia pada 16 September ini. Dipercayai kenyataan tersebut telah didengar jutaan rakyat Malaysia yang menyaksikan siaran langsung itu dan memberikan tanggapan negatif terhadap Bintulu dan Sarawak.

Berhubung kesilapan itu, TV3 secara terbuka telah memohon maaf kepada Kerajaan Sarawak dan rakyatnya khususnya di Bintulu. Ini disusuli Nurul Syuhada yang turut meminta maaf menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Nurul Syuhada dalam laman sosial berkata: “Sebagai seorang anak jati Malaysia, saya tidak pernah dan tidak akan kritik tanah air saya atau mana-mana wilayah negara ini dan kepada orang-orang yang tersinggung, saya minta maaf.



Melihat kembali ulasan yang dibuatnya dalam program itu yang menimbulkan rasa kurang senang terutama masyarakat di Bintulu yang berbunyi:

“Kawasan luar bandar yang daif tapi telah melalui pelan-pelan transformasi yang ingin disampaikan… berjaya dan terus mengangkat bandar itu (Bintulu) sendiri.”

Kerajaan Sarawak menerusi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyatakan Kerajaan dan rakyat Sarawak telah memaafkan pengacara TV3 itu atas kesilapan yang dilakukannya.

Menurutnya, setiap manusia pasti akan membuat kesilapan, justeru bermaaf-maafan adalah cara terbaik.

“Saya mewakili seluruh rakyat Sarawak bersedia memaafkan dia sempena Hari Merdeka ini kerana kita rakyat 1Malaysia.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

September 7, 2012 at 3:05 AM

Sebenarnya tak nampak apa pun silap ayat tu, cuma lebih jelas maksudnya kalau disertakan perkataan "yang DULUNYA daif". Mungkin perkataan "DULUNYA".

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger