KEDUDUKAN NASHARUDIN MAT ISA DALAM PAS ‘SELAMAT’



Majlis Syura PAS yang bersidang malam tadi sedikit pun tidak membincangkan berkenaan kedudukan Nasharudin Mat Isa. Ini bermakna Nasharudin kekal sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS dan ahli parti itu termasuk sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti. Itulah kenyataan ringkas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebaik sahaja mesyuarat itu selesai.

Keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu dilihat sebagai satu tamparan buat golongan 'Anwarinas' yang tidak senang dengan tindak-tanduk Nasharudin selama ini termasuk terbaru, membantu pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi di Mekah baru-baru ini.

Selain golongan Anwarinas, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak sehaluan dengan Nasharudin dan PAS juga dikatakan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Nasharudin. Walaupun tindakan undang-undang hanya dikenakan kepada Nasharudin, tetapi kesannya juga terpalit kepada PAS.

Mesyuarat malam tadi telah dipengerusikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din yang sebelum ini mempertahankan kenyataan Nasharudin mengenai keperluan PAS mengkaji semula kerjasama dalam Pakatan Pembangkang.

PAS menerusi Presidennya Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz sebelum ini meminta ahli syura membincangkan kedudukan Nasharudin di dalam mesyuarat tersebut kerana tidak mahu hubungan PAS dan DAP terjejas hanya kerana kenyataan dan tindak tanduk Nasharudin. Ini sekaligus membantutkan usaha dan cita-cita PAS untuk menuju ke Putrajaya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger