HIMPUNAN SEJUTA UMAT DI KUCHING HARI INI JAM 12.00 TENGAHARI



Serentak di seluruh negara, tanpa mengira idealogi politik seluruh masyarakat Islam di Malaysia termasuk di Kuching secara serentak akan mengadakan demontrasi aman terhadap penayangan filem “Innocence of Islam” di perkarangan Masjid Bahagian Kuching, berdekatan dengan Brooke Dockyard dan "padang pasir' pada esok hari esok sebelum solat Jumaat jam 12.00 tengahari.

Himpunan Aman itu adalah mesej kepada dunia luar khususnya Amerika Syarikat bahawa Malaysia yang didiami seramai 28 juta orang dengan Islam adalah agama rasminya ‘menentang’ sekeras-kerasnya penghasilan dan penyangan filem “Innocence of Islam” yang disifatkan sebagai menjijikkan.

Ketepikan perbezaan ideologi politik, pertahankan maruah Nabi Muhammad S.A.W, bersatulah kita sebagai UMAT ISLAM demi untuk Baginda Rasulullah!

Berjihad bukan saja bermaksud mengangkat senjata melawan musuh Islam namun di dalam dunia masa kini berfisibillillah dengan mengutuk, menentang dan tunjuk perasaan juga terhadap mereka yang mempermainkan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W juga adalah satu jihad!

Tunjukkan kepada dunia yang umat Islam bersatu mengutuk sebarang perbuatan yang memperkotak-katikkan kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W dan sebagai amaran keras agar ianya tidak akan berulang lagi!

Himpunan ini juga mahu menunjukkan kepada mereka yang anti-Islam (DAP) bahawa Islam tidak mudah dipermainkan seperti mana yang dilakukan ke atas PAS. Islam agama yang suci lagi indah dan sesesiapa yang cuba mengotorinya dengan apa cara sekalipun akan ditentang habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger