HANYA 30 ORANG HADIR KE MAJLIS CERAMAH AZMIN ALI DI KAMPUNG BAKO KUCHING



Selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Deklarasi Sarawak di Chong Lin Park berhadapan Pejabat DAP Sarawak, rombongan PKR yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah menghadiri Ramah Tamah Aidilfitri Politik di Kampung Bako, Kuching anjuran PKR Cabang Santubong.

Setibanya di Kampung Bako, Azmin Ali mula menunjukkan ketidakselesaannya apabila mengetahui hanya lebih kurang 30 orang sahaja yang menyambutnya. Apa yang lebih mendukacitakan Azmin Ali, kebanyakan 30 orang yang hadir itu hanyalah ahli dan penyokong tegar PKR yang berasal dari luar Kampung Bako.

Biarpun PKR sebelum ini mempergiatkan promosi Ramah Tamah Aidilfitri Politik di Kampung Bako kepada penduduk tempatan dan masyarakat Kuching, namun ianya tidak mendapat reaksi positif. Dalam promosi itu, penganjurnya cuba memancing penduduk tempatan dan Kuching dengan membawa artis PAS dan Pakatan Pembangkang ‘Hairie Othman’ atau lebih tepat lagi pelakon Hantu Waris.

Selain Hairie Othman, PKR Cabang Santubong juga membawa pelakon popular Mak Lampir Zuraidah Kamarudin, bekas calon PKR di Pantai Damai, Wan Zainal Wan Abidin dan calon PKR di Parlimen Santubong pada PRU-13, Idris Bohari.


Seperti biasa, PKR menggunakan kesempatan Ramah Tamah Aidilfitri Politik ini untuk menyebarkan fitnah dan menarik sokongan rakyat ke atas perjuangan Pakatan Pembangkang. Isu yang dimainkan ialah isu royalti minyak seperti mana yang diiklankan dalam Deklarasi Sarawak. Isu rasuah tidak terlepas dalam ceramah pemimpin PKR biarpun pemimpin mereka sendiri tersepit dalam isu rasuah. Begitu juga isu kebebasan akhbar, isu NFC dan isu kapal selam.

Difahamkan Ramah Tamah Aidilfitri Politik itu diadakan di rumah adik kepada bekas calon PKR Demak Laut, Ali Hossen Abang. Bagaimanapun, apa yang menjadi pertanyaan penduduk tiada kelibat Ali Hossen dalam majlis tersebut.

Berita tersebar sebelum ini mengatakan Ali Hossen adalah calon popular yang akan bertanding di Parlimen Santubong dalam PRU-13 akan datang. Bagaimanapun, ketidakhadiran beliau itu menceritakan bagaimana peluang Ali Hossen untuk bertanding tidak direstuai Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR. Ini kerana Ali Hossen baru sahaja bertanding pada PRN Sarawak 2011 dan kalah dengan majoriti besar kepada calon BN Sarawak, YB Dr Hadzland Abang Hipni.

Ternyata persaingan sengit antara Ali Hossen dan Idris Bohari untuk menjadi calon PKR di Parlimen Santubong kini telah terjawab. Azmin Ali dan PKR Sarawak telah bersepakat untuk mencalon Idris Bohari sebagai calon PKR di Parlimen Santubong. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger