GANTI JALUR GEMILANG TINDAKAN BIADAP PAKATAN PEMBANGKANG



Himpunan Janji Bersih anjuran BERSIH yang dipimpin Pakatan Pembangkang pada ambang kemerdekaan Malaysia Ke-55 di Dataran Merdeka yang lalu telah menimbulkan banyak isu. Selain berhimpun secara haram yang sudah menjadi amalan Pakatan Pembangkang, mereka juga telah ‘memperkenal’ bendera Malaysia yang baru sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah selepas menang PRU-13.

Bendera yang berwarna merah dan putih seperti bendera Republik Singapura itu telah diperkenalkan penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang dan disertakan risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera tersebut.

Risalah tersebut jelas mengajak rakyat menukar Jalur Gemilang kepada bendera baru yang mirip bendera Singapura.

Kebiadapan penyokong Pakatan Pembangkang ke atas Jalur Gemilang adalah sesuatu yang harus dipandang berat kerana ia bersangkutan maruah negara. Negara-negara lain hormat kepada Jalur Gemilang termasuklah dalam sukan antarabangsa mahupun persidangan antarabangsa. Tetapi, tidak bagi penyokong-penyokong Pakatan Pembangkang yang biadap dan kepala keras dengan agenda politiknya yang mahu menjadikan Malaysia sebagai republik.

Sesuatu harus dilakukan bagi ‘mengajar’ puak-puak Pakatan Pembangkang ini yang ternyata sudah keterlaluan. Mereka harus disingkirkan dari Malaysia kerana sudah tidak menghormati malah tiada lagi semangat kemerdekaan dalam diri mereka. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger