DR TANG SENG GIAW SIFATKAN ANWAR IBRAHIM BERMIMPI DI SIANG HARI PASAL KABINET BAYANGAN



Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw membidas Anwar Ibrahim dan PKR berhubung Kabinet Bayangan Pakatan Pembangkang yang akan dibentuk walaupun PRU-13 belum lagi diadakan. PRU-13 belum lagi dan pembahagian kerusi masih belum dibincangkan dengan terperinci serta calon pun belum diputuskan lagi, sekarang dah bercakap pasal Kabinet Bayangan. Usahlah PKR bermimpi di siang hari.

Sepatutnya sekarang ini Pakatan Pembangkang bercakap soal pembahagian kerusi yang akan ditandingi dan calon-calon yang sesuai (bukan calon main tangkap muat lepas tu jadi katak lompat)! Jika ini belum tercapai keputusannya, janganlah bermimpi nak tubuh Kabinet Realiti mahupun Kabinet Bayangan.

“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata.

Terdahulu, Anwar Ibrahim menjelaskan kesemua (20 orang) pemimpin kanan PKR akan mengisi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13. Manakala, mereka yang tidak tercalon, jawatan seperti Ketua Pengarah dan Setiausaha Kementerian serta jawatan-jawatan dalam GLC akan menjadi milik mereka berdasarkan kemahiran yang dimiliki.

Dalam Kabinet Bayangan yang dicadangkan Anwar Ibrahim itu, majoritinya dipegang PKR sebagai parti dominan dan diikuti DAP dan PAS.

PKR sebelum ini mengumumkan Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang. Manakala, jawatan Timbalan Perdana Menteri masih belum dibincangkan memandangkan DAP dan PAS juga berminat jawatan itu. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 1, 2012 at 4:04 PM

Angan angan si-tamak yg membawa padah...org tamak selalu rugi.

Anonymous
October 1, 2012 at 4:58 PM

quote = "Manakala, mereka yang tidak tercalon, jawatan seperti Ketua Pengarah dan Setiausaha Kementerian serta jawatan-jawatan dalam GLC akan menjadi milik mereka berdasarkan kemahiran yang dimiliki"

dia tak kan tak tau yg jawatan KSU Kementerian dan KP Jabatan/Agensi kerajaan tu semua penjawat awam. nak ganti dgn org politik?

ni apa punya janji politik la pulak yg dia tabur ni?


Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger