DEKLARASI KUCHING: LIDAH BERCABANG ANWAR IBRAHIM BOHONGI RAKYAT SARAWAK



Timbalan PBB, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg menyifatkan Deklarasi Kuching yang dirasmikan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi Awang pada 16 September lepas disifatkan sebagai omong kosong terbaru daripada Pakatan Pembangkang. Ini bertujuan untuk meracuni rakyat Sarawak dan Sabah menjelang PRU-13.

Jika rakyat Sarawak masih ingat Anwar Ibrahim sebelum ini memperjuangkan kuasa autonomi Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia diselaraskan. Bagi menjaja kuasa autonomi itu, Anwar Ibrahim sanggup datang ke seluruh pelusuk bahagian di Sarawak bagi menjelaskan cadangan Pakatan Pembangkang kepada seluruh rakyat Sarawak.

Dan, pada Deklarasi Kuching yang dirasmikan ketiga-tiga Pengerusi dan Presiden parti Pakatan Pembangkang di Kuching, mereka mahu rakyat di Sarawak dan Sabah diberi kuasa autonomi.

Mungkin bagi mereka yang terlalu taksub dengan politik Pakatan Pembangkang melihat perkara ini sebagai perkara biasa. Tetapi, bagi penganalisis politik dan rakyat yang cerdik mengatakan Deklarasi Kuching itu hanyalah janji-janji kosong Pakatan Pembangkang terhadap rakyat Sarawak dan Sabah. Juga, disifatkan sebagai pembohongan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang terhadap rakyat Sarawak.

Dahulunya, Anwar Ibrahim pernah mempersoalkan mengenai autonomi namun sekarang hendak memperjuangkan kembali. Apakah Anwar Ibrahim sudah terdesak dengan BN sehingga sanggup memesongkan fikiran rakyat Sarawak.

Ternyata, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang termasuk Pakatan Pembangkang Sarawak sudah terdesak dengan transformasi yang dijana Perdana Menteri dalam membangunkan Sarawak dan Sabah. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger