DAP DAN WONG HO LENG SEKAT PEMBANGUNAN PARLIMEN SIBU



Selepas kemenangan Wong Ho Leng dari DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu 16 Mei 2010 tiada sebarang pembangunan yang dilaksanakan wakil rakyat DAP itu. Sebaliknya, selepas PRK Sibu itu hanya Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan dari BN sahaja yang melaksanakan pembangunan termasuklah pembangunan modal insan.

Sebagai wakil rakyat Sibu, apa yang telah dilakukan Wong Ho Leng? Kemenangan Wong Ho Leng dalam PRK Sibu dan PRN Sarawak di DUN Bukit Assek telah membuatkan wakil rakyat DAP itu angkuh dan sombong. Malah, boleh dikatakan tugas Wong Ho Leng sebagai wakil rakyat hanya mengkritik dan menyalahkan kerajaan BN sekiranya permasalahan berlaku di Parlimen Sibu.

Manakala, sebagai kerajaan tempatan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) menghadapi masalah mendapatkan dana yang mencukupi bagi melaksanakan projek pembangunan di kawasan di bawah bidang kuasanya sejak kerusi Parlimen Sibu dimenangi pihak pembangkang.

Pengerusi MDLBS James Laju Ambok menyatakan sejak pembangkang merampas kerusi Parlimen itu dua tahun lalu pihak majlis berdepan dengan masalah mendapatkan dana daripada Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek-projek pembangunan.

Justeru, untuk menjadikan perkara ini tidak berulang, rakyat di ketiga-tiga DUN Nangka, Bawang Assan dan Pelawan harus berubah dan mengubah demi memastikan pembangunan yang diterima sewaktu pemerintahan BN pada PRU-12 lepas diteruskan.

Namun, jika rakyat masih memberi mandat kepada Wong Ho Leng dan DAP memerintah Sibu, nescaya pembangunan Sibu tidak akan berubah malah akan ketinggalan berbanding bandar Kuching dan Miri juga Bintulu.

Dan, PRU-13 nanti adalah masa yang sesuai untuk rakyat Sibu mengubah dan berubah supaya Sibu menjadi lebih sejahtera dan membangun bersama Sarawak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger