Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan DAP Kedah wajar diperuntukan
kerusi Parlimen dan DUN yang lebih berbanding PAS dan PKR. Dalam mesyuarat DAP
Pusat, perwakilan bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon
di dua (2) kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam (6) Dewan
Undangan Negeri (DUN) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar
Arang, Gurun dan Lunas.
DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU-12
kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan
ia tidak boleh diterima untuk PRU-13. Ini terpulanglah kepada PKR dan PAS dalam
mengurangkan kerusi mereka di Kedah.
Jika PKR dan PAS mahu melihat Pakatan Pembangkang terus berkuasa dan
mempertahankan Kedah, sewajarnya PKR dan PAS harus mengikuti pelan yang
dicadangkan DAP. Ini kerana ketika ini DAP merupakan sebuah parti yang sangat
kuat berbanding PKR dan PAS.
Keputusan DAP itu pastinya membuatkan pemimpin PKR dan PAS tidak
berpuashati. Jika ini berlaku, perkara ini boleh dibawa terus ke pemimpin
tertinggi di peringkat Pusat untuk dibincangkan. Lim Guan Eng percaya
perbincangan itu akan menyebelahi mereka memandangkan PAS dan PKR hanyalah alat
dan kuda hitam DAP.
Di peringkat Pusat, PKR dan PAS tidak dapat membuat sebarang keputusan
memandangkan DAP mempunyai kuasa mutlak. Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang
akan memihak kepada DAP dalam apa cara sekalipun demi mencapai cita-citanya
untuk menjadi Perdana Menteri. Jika keputusan DAP itu boleh membuatkan Pakatan
Pembangkang terus mempertahankan Kedah dan memenangkan Pakatan Pembangkang,
nescaya Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah biarpun DAP diberikan banyak
kuasa.
Dalam apa cara sekalipun, DAP mahukan lebih banyak kerusi dan ini
memperlihatkan kekuasaan mereka dalam Pakatan Pembangkang. Seperti mana yang
mereka perlihatkan ke atas Pulau Pinang dan Selangor, DAP kini mahu
memperluaskan kuasanya di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Jika DAP berhajat besar, adakah PAS dan PKR akan bersetuju menerima
keputusan DAP itu? Sama-sama kita nantikan jawapan daripada PAS dan PKR dalam
menjawab persoalan yang dilontarkan Lim Guang Eng dan DAP.









Dengan kuasa Allah SWT, Pakatan Rosak akan menuju kehancuran.
BalasPadammacammana besar telor babi seperti yg terpapar kat atas tu macam tu lah juga telor org pakatan haram terutamanya org2 pas yg sanggup jadi keldai sipenjubo... semakin membesar macam buah kelapa...Kun faya kun.
BalasPadam