Ketika rakyat yang taksub dengan PAS khusyuk mendengar ceramah politik yang
disampaikan Nik Aziz dan pemimpin PAS lain di masjid, ahli-ahli PAS yang lain
sibuk juga menjual ubat segala macam berkaitan seks.
Antara tempat yang menjadi tumpuan utama dalam menjual ubat-ubat seks ini
di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu. Teknik
ini ternyata berkesan dan berjaya memperoleh keuntungan ratusan ringgit.
Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, ahli-ahli
PAS yang berniaga itu masih tidak serik dan tetap melakukan aktiviti jualan
ubat berkenaan di kawasan terbabit. Ini kerana permintaan di pasaran yang amat
menggalakkan.
Bagi membanteras perbuatan yang boleh mengancam nyawa rakyat ini, sepasukan
Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis
Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu melakukan serbuan
mengejut.
Dalam serbuan itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai
jenis yang bernilai RM6,330.
Mereka yang ditangkap akan disabitkan dengan di bawah peraturan 7 (1) (a)
Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah
seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda
tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua
sekali.
Manakala, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas
kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki
lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi
Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah
Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga
RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Bermula Januari hingga kini jabatan telah berjaya merampas pelbagai jenis
ubat perangsang seks dalam serbuan yang dijalankan di kawasan kaki lima, di
sekitar bandar ini dengan nilai rampasan berjumlah RM39,455.
Jika ini keadaannya di Kelantan, adalah tidak hairan Kelantan menjuarai
carta negeri paling bermasalah dalam gejala sosial seperti buang anak, sumbang
mahram, rogol, liwat dan sebagainya. Di manakah peranan Nik Aziz sebagai
Menteri Besar Kelantan?








.
BalasPadam(( Take Note )) Anda
Tentukan - Rakyat
Terengganu Atau Rakyat
Selangor Lebih bijak
?..
Saya mohon sangat2 agar
semua anak2 muda
mengundi PR pada PRU
ke-13. Mesti undi PAS,
PKR dan DAP. Kita mesti
ambil serius soal
ekonomi dan perpaduan
kaum. BN telah
meninggalkan banyak
hutang di setiap negeri.
Ini akan membebankan
kita.. Percayalah. Lihat
sendiri selangor, bila PR
memerintah kurang 5
tahun, hutang selesai.
Bandingkan dengan
Terengganu yang
diperintah BN sejak 50
tahun dulu... Kat mana
hebatnya Pemimpin
UMNO yang menafikan
kewibawaan Pemimpin
Pakatan Rakyat? Mereka
pun tahu tapi tetap
mahu menafikannya..
sememangnya betul..
Terang2 tak wujud
perpaduan dalam BN.
MCA dan MIC terang2
menolak BN.
Pastikan anda
memberitahu rakan2,
emak ayah dan saudara
yang kurang tahu soal
ekonomi dan perpaduan
kaum.... Walaupun
terpaksa berada dlm
kem BN dan UMNO,
pastikan undi anda tetap
kpd PR.... Yakin dan
percayalah, anda tak
rugi apa2 jika bg peluang
kpd PR malah untung..