APAKAH 6 JENIS POLITIK YANG DIAMALKAN PAKATAN PEMBANGKANG?



Selepas PRU-12 pada tahun 2008 hingga kini Pakatan Pembangkang telah mempelbagaikan cara dan corak amalan Pakatan Pembangkang. Amalan ini ternyata dapat dirumuskan bahawa politik yang diamalkan Pakatan Pembangkang merangkumi:

  1. Politik biadab - apabila peristiwa memijak gambar pemimpin, peristiwa menukar Jalur Gemilang.
  2. Politik bebas - menyokong kegiatan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang bertentangan dengan ajaran agama Islam
  3. Politik fitnah - menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor difitnah macam-macam
  4. Politik menghukum - diamalkan pembangkang sehingga menyebabkan sembahyang dua imam dan kafir mengkafir sesama Islam.
  5. Politik perpecahan - belah yang tidak mahu melihat perpaduan antara Melayu, Cina dan India malah perpaduan dalam kaum masing-masing.
  6. Politik ganas - dilakukan oleh sekumpulan perusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0

Keenam-enam jenis politik itu perlu ditentang habis-habisan oleh BN, parti yang tidak mengamalkan keganasan dan bebas tetapi menurut peraturan serta tidak mengamalkan politik memfitnah.

Insiden pengawal peribadi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang didakwa mengacu pistol ke arah sekumpulan pemuda pro-BN di Kampung Baru Rim Jasin Melaka petang semalam merupakan satu daripada contoh politik ganas pembangkang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger