ANWAR IBRAHIM: PEMIMPIN PKR JEMAAH MENTERI PALING RAMAI DALAM KABINET BAYANGAN PAKATAN PEMBANGKANG



Setelah mengesahkan dirinya bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menakluki Putrajaya pada PRU-13 akan datang, Anwar Ibrahim ‘berjanji’ akan menyenaraikan seramai 20 orang pemimpin kanan PKR untuk mengisi kabinetnya nanti.

Menjelang PRU-13 ini, PKR telah membayangkan beberapa pemimpin kanan PKR akan mengisi jawatan tertentu dalam kabinet Pakatan Pembangkang mengikut kepakaran masing-masing. Dengan keyakinan, pemimpin PKR akan mendominasi kabinet ini berbanding DAP dan PAS. Ini disahkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre.

Siapakah pemimpin kanan PKR yang akan mewarisi kabinet Pakatan Pembangkang kelak? Bagi mengiktiraf perjuangan pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Zuraida Kamarudin @maklampir, Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Saifudin Nasution, Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Chua Jui Meng, N Surendran, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Latheefa Koya. Lebih tepat lagi pemimpin PKR yang memegang jawatan timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

Manakala, mereka (ahli-ahli PKR) yang tidak terpilih sebagai calon DUN dan Parlimen akan diberikan jawatan untuk mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 30, 2012 at 10:36 AM

Itu kalau PKR menang banyak kerusi Parlimen, tapi kalau banyak kalah dan DAP yang banyak menang, apa cerita? situasi macam di negeri Perak dulu akan berlaku, melayu pegang PM tapi kuasa ada kat DAP , hancus Malaysia, hancus Melayu, PAS tak boleh diharap langsung, mereka ni macam lalang.

Anonymous
September 30, 2012 at 12:05 PM

lagi haru kalau pkr menang tapi anwar ibrahim kalah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger