ABBY ABADI ‘BARU INSAF’ SUDAH MULA TUNJUK PANDAI



Hanya menggunakan ‘twitter’ Abby Abadi yang juga ahli PAS seumur hidup sudah mula menunjukkan ‘kepandaiannya’ dalam persoalan hukum hudud. Akibatnya berlaku bidas membidas antara Abby Abadi dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Perlakuan ini benar-benar telah menarik pengguna twitter yang follow dan following Abby Abadi menerusi twitternya @abby_abadi112 dan Dr Mohd Asri menerusi twitternya @realDrMaza.

Persoalan twitter @realDrMaza berkenaan “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby Abadi melalui twitternya @abby_abadi112 menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.
“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? “Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Disebabkan jawapan yang diberikan Abby Abadi itu seperti budak sekolah yang baru belajar, Dr Mohd Asri segera membalas “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama. “Teliti sebelum komen.”

Dr Mohd Asri menjelaskan bahawa hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya.

Apa yang penting sekarang dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa.

Apakah Abby Abadi mampu untuk mengulasnya lebih lanjut kerana beliau merupakan penceramah tetap PAS?
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
September 4, 2012 at 12:20 PM

Inspektor Haliza akan terima nasib sama sperti Cikgu Mala...minta sedekah sana sini...!akhirr nya

Anonymous
September 4, 2012 at 3:00 PM

Dunia akhir zaman....sibuduh yg mudah diperbuduhkan tunjuk pandai dan pintar.....pintar tapi buduh.

Anonymous
September 22, 2012 at 9:08 PM

Dalang ..yg jadi juru skrip Abby dah pening...Abby dapat malu...dan dia cari mangsa (ulama) lain... Tengoklah nanti Abby akan bertweet bodo lagi...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger