12 TAWARAN PAS SARAWAK SAMA SEPERTI MELUKUT DI TEPI GANTANG



Pimpinan BN di Sarawak kini memasuki 49 Tahun dan menuju negeri maju menjelang Tahun 2030 iaitu 18 tahun dari sekarang. Memiliki keluasan yang luas dengan bentuk geografinya yang bergunung-ganang dan berbukit-bukau serta sungai membuatkan kemajuan yang dinikmati sederhana dan mengambil masa.

Begitupun, BN sebagai parti pemerintah sedikitpun tidak pernah memingkirkan Sarawak dalam misinya mencapai negara maju menjelang 2020. Malah pada pemerintahan Najib Razak, Sarawak telah diperuntukan lebih RM5 bilion bagi menyediakan kemudahan asas di pedalaman dan luar bandar serta untuk menyediakan kemudahan awam seperti jalan raya, elektrik, air dan sebagainya.

PAS yang baru saja mula bertapak di Sarawak pada penghujung tahun 1990an kini cuba menunjukkan kewujudannya di Sarawak relevan sama seperti PKR dan DAP. Hakikatnya kewujudan PAS dan PKR di Sarawak bukannya untuk membela nasib rakyat Sarawak seperti yang dicanangkan Anwar Ibrahim sebelum sebaliknya mahu mencapai hasrat ke Putrajaya. Berbanding rakan mereka DAP yang ‘semakin’ diterima DAP angkara semangat keCinaan yang menebal di kalangan masyarakat Cina Sarawak.

PAS yang memerintah Kelantan selama 22 tahun sejak tahun 1990an dan kini cuba mahu membangunkan Sarawak yang maju dan berkebajikan dianggap cuba untuk memerangkap rakyat Sarawak. Sepanjang 22 tahun PAS memerintah Kelantan, mengapakah negeri Cik Siti Wan Kembang itu masih tidak maju-maju dari segi pembangunannya? Malah, rakyatnya terpaksa berhjrah ke negeri lain bagi mengharungi kehidupan. Bercerita pasal Kelantan juga menjuarai masalah sosial.

Dan, kini ada usaha untuk membangunkan Sarawak dengan melancarkan 12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan khusus bagi menghadapi PRU-13.

12 Tawaran PAS Sarawak telah dilancarkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dihadiri kurang daripada 100 orang merangkumi:

  1. Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak;
  2. Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum;
  3. Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik;
  4. SCORE Sebagai Hab Teknologi Hijau Berinovatif;
  5. Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia;
  6. Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua;
  7. Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua;
  8. Meningkatkan Royalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus;
  9. Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak;
  10. Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita; dan
  11. Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.


Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ itu adalah ‘blueprint’ politik PAS untuk membela Sarawak di peringkat Persekutuan.

PAS nampaknya berminat untuk ke Putrajaya sehingga sanggup menawarkan janji-janji PALSU. Rakyat Sarawak harus melihat bagaimana pemerintahan PAS di Kedah sepanjang penggal ke-12 lalu dalam tempoh 5 tahun yang menyaksikan pembangunan Kedah tidak seimbang dan peruntukan yang disediakan disalahgunakan. Malah, Kelantan yang dianggap Serambi Mekah kini tidak lagi bercirikan Islam apabila banyak kawasan di Kelantan kini mundur disebabkan semua yang ada dipolitikan. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
September 9, 2012 at 9:49 AM

Salam..

perkara No.8..kenapa nak bagi 20 peratus nape tak kasi 100% je..

Perkara no.4..SCORE berinovatif hijau..mentang2lah parti dioarang hijau semua nak hijau..sebenarnya dia orang ni main cakap je lebih kerja itu langusng xda..

Perkara no.3.. Jalan raya.lebuh raya terbaik..kusss semangat! jalan di tempat mereka sana pun pi kutip derma rakyat untuk bina jalan ini kan pula janji nak kasi lebuh raya kepada sarawak..kussss semangat!

SEPERTI BIASALA JAWAPAN MEREKA INI NANTI, ITU SEBAB KAMI BELUM JD KERAJAAN, KALAU SUDAH JADI KERAJAAN BARU DAPAT BIKIN SEMUA ITU JANJI.

KITA BALAS BALIK

KALAU PAS, PKR, DAP MAHU ITU BIKIN JANJI TUNGGU LA SAMPAI MENANG ITU PRU BARU BIKIN JANJI..JGN BIKIN JANJI MASA INI..NANTI JADI HAMPAS..

Anonymous
September 9, 2012 at 5:05 PM

pas yg kukenal tak lebih dari parti politik yg berpolitik sepanjang masa ..pendekata byk ckp dari buat kerja ~ esalhata

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger