TIADA WAKIL PAS DALAM CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI SATOK



Bersandarkan kepada personaliti ‘BERSIH’ Anwar al-Juburi di Sarawak, ceramah anjuran Pakatan Pembangkang yang diwakili PKR, DAP dan PAS akan ‘hangat’ berbanding jika tiada pemimpin yang diimport khas daripada Semenanjung Malaysia. Ini diakui sendiri pemimpin Pakatan Pembangkang daripada PKR Sarawak dalam ucapannya pada setiap kali penganjuran Ceramah Merdeka Rakyat.

Samada Anwar al-Juburi, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang hadir, ceramah Merdeka Rakyat akan dibanjiri rakyat yang kebanyakkannya mahu melihat wajah pemimpin ‘lama’ itu. Ditanya sama ada mahu mendengar kandungan ceramah atau melihat wajah, kebanyakannya yang hadir sekadar mahu melihat wajah mereka dan kesemuanya meluat dengan kandungan ceramah yang sama dan memfitnah sahaja.

Kebanyakannya Ceramah Merdeka Rakyat yang diadakan di Kuching langsung ‘tiada’ wakil PAS Sarawak ataupun daripada PAS Pusat. Apakah mereka (PAS) ini tidak wujud dalam Pakatan di Sarawak? Melihat kepada Ceramah Merdeka Rakyat yang diadakan sebelum ini hanya melibatkan pemimpin daripada PKR dan DAP. Di manakah pemimpin PAS Sarawak? Apakah mereka ini tidak pandai berceramah atau berpidato?

Seperti biasa, isu-isu persepsi Pakatan Pembangkang daripada Semenanjung akan disebarkan kepada rakyat Sarawak. Namun, rakyat Sarawak tidak mudah ditipu dengan dakyah Pakatan Pembangkang yang hanya berjanji tetapi jauh sekali mengotakannya.

Atas sebab itulah, Pakatan Pembangkang takut dengan perkataan “Janji Ditepati” yang menjadi tema Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-55 Tahun pada sambutan 31 Ogos 2012.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger