Hanya terkeluarnya perkataan “Haram Jadah”, lapan (8) peneroka Felda yang
merupakan sebahagian daripada penerima durian runtuh Felda telah dihasut
Pakatan Pembangkang terutamanya PAS untuk menyaman Perdana Menteri Datuk Seri
Mohd Najib Razak.
Bagi menunjukkan kesetiaan mereka yang sedia diperalatkan Pakatan
Pembangkang, mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh dan memfailkan saman
tersebut melalui peguam Mohd Harris Abdullah. Peguam tersebut merupakan ahli
dan pemimpin PAS yang selama ini menjadi tulang belakang dalam menghasut
peneroka-peneroka Felda untuk tidak menerima durian runtuh dan menghalang
penyenaraian FGV ke Bursa Saham Malaysia.
Berikut mereka yang telah diperalatkan Pakatan Pembangkang antaranya
plaintif Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah
(Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat
lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail,
Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.
Mereka mendakwa selain mereka, kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada
pengumuman durian runtuh di Felda Jengka 8, pada 8 Mei lalu telah terpengaruh
dengan ucapan Perdana Menteri itu.
Apakah pemimpin Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS
tidak pernah mengeluarkan menghasut mahupun memfitnah kepada Najib Razak.
Kenapa bila terkeluarnya perkataan “Haram Jadah” telah membuatkan Pakatan
Pembangkang melenting dan “takut”?
Tahniahlah kepada 8 peneroka itu kerana berjaya dijadikan kambing hitam
oleh pemimpin Pakatan Pembangkang dalam usaha memburukkan nama Najib Razak yang
kini menjadi duri dalam daging bagi mereka. Kejayaan program transformasi yang
diketengahkan Najib Razak bukan saja membawa Malaysia maju dalam ekonominya
bahkan menjadi titik tolak kepada keruntuhan Pakatan Haram Jadah.








layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.
BalasPadamberuk2 yang x de akai dan otak....
BalasPadam