PRU-13: DAP DAN PKR BERGOLAK GUGAT KEMENANGAN DI PULAU PINANG



Pergolakan dalaman Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang kini kian parah apabila PKR tidak berpuas hati dengan lagak Lim Guan Eng dan DAP yang mahu menambah majoriti calon DAP Cina di DUN Pulau Pinang. Keputusan DAP itu telah menaikkan darah PKR hingga menyebabkan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman menggelarkan Lim Guan Eng sebagai ‘angkuh’.

Heboh 1Malaysia apabila minit mesyuarat PKR yang dipengerusikan Mansor Othman bocor hingga tersebarnya PKR Pulau Pinang kini tidak sehaluan lagi dengan DAP. Ini disebabkan DAP cuba untuk meramaikan calon DAP khususnya bagi menakluk seluruh Pulau Pinang. Dengan ini, Melayu boleh dikeluarkan terus daripada Pulau Pinang dan menjadikannya sebagai “Singapura Kedua’.

Minit mesyuarat itu dikatakan luahan hati Mansor Othman dan PKR Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan sikap Lim Guan Eng yang biadap dan tidak boleh dipercayai.

Kebocoran minit mesyuarat itu telah mengundang DAP Pulau Pinang menuntut PKR Pulau Pinang dan Mansor Othman membuat penjelasan rasmi dan menganggap kes ini sangat serius kerana cubaan untuk memperkecilkan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengakui bahawa bahasa yang digunakan dalam minit mesyuarat itu benar-benar telah mengundang perasaan marah pemimpin DAP ke atas pemimpin PKR Pulau Pinang. Apakah motif PKR Pulau Pinang menyifatkan Lim Guan Eng sebagai pemimpin ‘angkuh’?

Difahamkan DAP mahu bertanding di lebih banyak kerusi berbanding pada PRU-13 akan datang ini berbanding PRU 2008 disebabkan DAP lebih kuat berbanding PAS dan PKR. Malah, tidak keterlaluan dikatakan DAP kini parti yang banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Pembangkang berbanding PKR dan PAS yang dikatakan parti melompat.

Dikatakan juga akan berlaku pertandingan 3 penjuru yang membabitkan sesama parti komponen Pakatan Pembangkang dengan BN seperti mana yang selalu berlaku sebelum ini.


Pendedahan ini kecoh apabila portal berita milik Pakatan Pembangkang, Malaysiakini yang memetik Mansor sebagai berkata, minit mesyuarat yang bocor itu sememangnya mencerminkan isu yang diambil berat oleh anggota parti itu.

Minit mesyuarat berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci mesyuarat strategik PKR bertarikh 19 Mac itu dimuatkan dalam satu blog gelagatanwar.wordpress.com pada bulan Jun lalu.

Dalam perbincangan itu, beberapa pemimpin PKR menyatakan kebimbangan mereka mengenai rundingan kerusi dengan DAP, parti yang paling dominan antara komponen Pakatan di negeri tersebut, dan juga kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam dokumen itu juga, Mansor Othman meyakinkan pemimpin bawahannya bahawa beliau tidak akan berganjak dan menggesa Timbalan Ketua PKR, Law Choo Kiang untuk menyediakan senarai kedua – dengan sekurang-kurangnya 10 anggota berbangsa Cina sebagai persediaan sekiranya mereka perlu berdepan DAP dalam pertandingan tiga penjuru.

Ia turut menyatakan bahawa Mansor menyebut mengenai pengaruh calon Cina PKR sebagai "ancaman" kepada DAP. Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim Guan Eng kerana Ketua Menteri itu semakin "angkuh", dan juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 24, 2012 at 11:20 AM

Hati hati di Pulau Pinang

DAP ingin menambah kerusi untuk mendapat 2/3 majoriti kerusi dan seterusnya menjadi kuat di sana..Mereka akan meminda perlembagaan negeri untuk menguatkan penguasaan mereka..

Lepas tu PKR dan PAS akan dihalau keluar..(macam habis madu, sepah dibuang)...hati hati degan politik DAP

Mungkin akan menjadi Singapura 2 kalau kita tak hati hati...

Ya allah kau selamatkan Malaysia

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger