Masih belum muktamad dalam pembahagian kerusi Parlimen mahupun DUN di
Kelantan – Pakatan Pembangkang.
Itulah yang dapat dirungkaikan ketika ini dalam Pakatan Pembangkang biarpun
beberapa kenyataan sebelum ini bahawa mereka sudah bersedia dalam PRU-13. Pada hakikatnya
perebutan dan pertikaian kerusi Parlimen dan DUN masih menggamit komponen
Pakatan Pembangkang di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Terbaru, PKR Kelantan yang tidak segah dan sepopular PAS di Kelantan telah memohon
pertimbangan PAS negeri untuk pertukaran kerusi Parlimen Bachok dengan Machang
sekali gus membuka laluan kepada PKR meletakkan calon ‘harapan’ bertanding pada
PRU-13.
Ini sendiri diakui Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir yang telah
menghantar surat cadangan berhubung perkara itu kepada PKR Pusat dan PAS
Kelantan sebelum Ramadan lalu. Tetapi, sehingga kini masih belum mendapat
sebarang jawapan biarpun sudah sebulan berlalu.
“Surat cadangan tersebut kita hantar sebelum puasa lagi tetapi sampai
sekarang masih tiada sebarang jawapan.
PKR Kelantan sangat berhajat untuk bertanding di kawasan Parlimen Bachok
itu bagi menentang Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Difahamkan calon ‘harapan’ yang akan diletakkan PKR Kelantan ialah bekas Ketua
Pemuda UMNO yang juga penderhaka kepada parti, Zaiyadi Awang Noh. Terdahulu menjadi
tradisi kawasan ini memang ditandingi PAS.
Dijelaskan mengapa perlu wujud pertukaran kerusi itu dikatakan berkemungkinan
faktor PKR Kelantan bermasalah di Machang termasuk Saifuddin Nasution Ismail
akan bertanding di Kedah.
Abdul Aziz turut menidakkan khabar angin sebelum ini bahawa kerusi Parlimen
Machang memiliki sekurang-kurangnya tiga calon muka baru yang tersenarai tidak
termasuk Saifuddin Nasution Ismail.
Apakah PAS akan bersetuju dengan cadangan PKR Kelantan yang dilihat hanya
mahu menyelamatkan kerusi yang ditandingi mereka sebelum ini menerusi Saifuddin
Nasution Ismail dari PKR. Di Kelantan PKR hanyalah tidak ubah seperti kuman
yang tidak nampak berbanding PAS yang dilihat sekuat gajah.







