PAS PERTAHANKAN KARPAL SINGH WALAUPUN HINA HUDUD



Sangat pelik. Inilah yang dapat diperkatakan sewaktu sidang akhbar PAS semalam. PAS yang sebelum ini lantang memperjuangkan negara Islam dan mahu melaksanakan hukum hudud sejak mentadbir Kelantan pada 22 tahun dahulu kini terpaksa ‘mengalah’ dan mengikut telunjuk DAP demi kekuasaan politik.

Kelantangan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mewakili DAP kerseluruhannya dengan menentang keras pelaksanaan hukum hudud sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU-13 tidak sedikitpun ditentang keras PAS.

Sebaliknya, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mewakili suara PAS keseluruhannya memberikan alasan DAP hanya sebuah parti pembangkang bukan kerajaan yang memerintah. Apa punya jawapan yang diberikan itu seolah-olah PAS sebuah parti yang sanggup diperalat dan dipermainkan seperti perlakuan ‘Cina Buta’.

DAP yang ‘bersama’ PAS dan PKR dalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai entiti kerjasama dalam politik. Sewajarnya, jawapan PAS itu seolah-olah sudah dirancang bagi menjaga ‘hubungan’ baik mereka yang hanya sandiwara drama.

Manakala, UMNO yang dilihat konsisten dengan jawapannya mahu rundingan diadakan bagi mengkaji dan melihat keberkesanan hudud itu dilaksanakan seperti mana jawapan pemimpin-pemimpin UMNO. Bagaimanapun, sudah menjadi dasar Pakatan Pembangkang usaha pemimpin UMNO ini dipandang sepi sebaliknya berterusan menyalahkan UMNO dan BN dalam hal hudud ini.

PAS tidak konsisten dalam perjuangan politiknya mahupun ‘bersama’ Pakatan Pembangkang. Malah dikatakan PAS umpama sebuah parti yang tidak mempunyai prinsip dan idealogi sehingga sanggup diperalatkan DAP yang kini lebih berkuasa berbanding PAS dan PKR.
Share this article :
 

+ comments + 8 comments

Anonymous
August 26, 2012 at 9:48 AM

MCA pun tak setuju andainya HUDUD dilaksanakan oleh BN..malah MCA terangan2 mempelekehkan hukum Allah tu..kenapa UMNO org islam diam!!...kalau tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum ALLAH.Aku bila dengar org hina Islam,Rasul dan Allah rasa nak berperang jihat jiwa ni.Kita tak sentuh,hinapun agama diorang kenapa diaorang berani pertikai hukum agama Islam,kenapa semua pemimpin melayu (Islam)diam dalam hal ini.dimanakah letaknya maruah atau KEMALUAN kamu semua.

August 26, 2012 at 10:11 AM

Take beer hampas!Surau solihiyah di kedah tergadai kepada Dapig House BAR di bina semasa BN kah ...kah kah...buat kerja cara Islam tok jan

August 26, 2012 at 10:13 AM

salamz
tanpa nama...
berlapang dada..
betulkan niat...
walau pahit utk d telan, itu hakikat nya..
PAS hanya parti POLITIK dan bukannya AGAMA..
tiada manusia maksum selain kekasih-kekasih NYA.

August 26, 2012 at 10:15 AM

itulah cara PAS,
bertindak mengikut kepentingan diri..
oportunist..

Anonymous
August 26, 2012 at 12:10 PM

melayu mmg bodoh berpolitik.berseketu dgn org yg terang terangan hina islam secara terbuka...itu la pas...menjual ugama..umno menjual melayu..citer lain takda.islam ternama satu dunia dah gagal.tak payah perang pun dia berbunuhan sesama sendiri...citer pas islam ni mcm citer main judi kat kedai number ekor jr....pas memerintah jual ugama umno memerintah dok bwk citer politik bodoh...cina ngan india gak cerdik memperkuat bangsa dan ugama...umno memimpin org melayu yg dok setinggan dihalau bg cina..dap memerintah org melayu yg kena halau...pas memerintah safu habuk pun takda dia buat.keje dok fitnah org.kelantan 20 tahun lebih memerintah balik kelantan mcm balik neraka setiap kali cuti raya sekolah...apa la dibuatnya tak tahu la...melayu pkr dok sibuk bina kuil untuk org india

Anonymous
August 26, 2012 at 12:15 PM

perdanamenteri melayu tapi berhati cina..mca tak pernah bela melayu tapi umno setengah mati bela cina..nak harap pas dah jadi parti dayus..dgn singh kaum paling minoriti pun doa takut..bayang kan la.jubah mmg besar tapi besar dgn fitnah org..nak ckp ulamak mcm org mabuk jr pemimpin pas ni..umno tak sudah sudah dok bagi duit kat cina ngan india..perdana menteri perihatin bagi seratus ribu kat india yg rk pernah ndi bn..ahli umno yg setengah mati untuk parti dia bagi tilam ngan dapur dgn basikal bila umah terbakar..heran sgt...dh kaya masa jd menteri pelajaran tp tak sangka semua yg cina nak dia bagi...mungkin dia buta kot yg undi bg dia menang melayu

Anonymous
March 29, 2013 at 2:42 PM

Bismillahirahmanirohim..salam sahabat...anda Solat cukup waktu ke ? mengaji Quran tak ? Iman level mana ? rajin2 baca hadis dan ke masjid InsyaALLAH anda lebih paham HUKUM ALLAH dan AI-QURAN..Wadah Politik Bumi anda tidak diterima di PADANG MAHSYAR.. Sifat dan Sikap manusia ada mcm2..jangan munafik saudara..taubat segera sblm terlambat..AMINN.

Anonymous
March 29, 2013 at 3:00 PM

sampai bila baru nak sedar bro...tunggu Hari Kiamat agaknya..kesian sungguh ahli2 neraka UMNO nih..Allah turunkan dugaan kecil di Lahat Datu untk korang beringat dan sedar..bukan untk tambah bekalan Dosa. Astagfirullah..Allah Huakbar..Allah Huakbar.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger