KHALID IBRAHIM AKUI UNISEL TIDAK MAMPU BAYAR HUTANG



Pendidikan percuma yang cuba diperjuangkan Pakatan Pembangkang telah memakan diri apabila IPT tadbiran Kerajaan Selangor, UNISEL masih berhutang. Jelas Khalid Ibrahim, UNISEL tidak mampu membayar hutangnya kepada Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), iaitu syarikat yang menyelenggara dan mengoperasikan asrama UNISEL di Bestari Jaya.

Lebih mudah lagi, UNISEL dan Kerajaan Selangor tidak mampu membayar hutang operasi asrama. Itu belum lagi termasuk hutang pengajian, pentadbiran dan gaji pensyarah.

Kegagalan UNISEL dan Kerajaan Selangor membayar hutang tersebut menyebabkan operasi UNISEL terganggu dan membuatkan pelajar-pelajarnya kebingungan.

Nasib baik pendidikan percuma masih belum dilaksanakan di UNISEL dan PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman kepada pelajarnya. Ini kerana walaupun pelajar membayar yuran pengajian, namun ia masih mencukupi untuk menjelaskan hutang-hutang UNISEL kerana perjanjian menetapkan Unisel perlu membayar sewa penuh kepada JNSB walaupun ketika cuti dan penuntut tidak menetap di asrama.

Difahamkan hutang UNISEL kepada JNSB ialah berjumlah hampir RM15 juta. UNISEL didakwa tidak melunaskan yuran penyelenggaraan untuk 17 bulan dan bayaran asrama yang dikendalikan oleh JNSB bagi tempoh lapan bulan. Kedua-dua tempoh tersebut ialah sewaktu pentadbiran Pakatan Pembangkang di Selangor dan berlaku disebabkan kekurangan pelajar baru yang mendaftar dan kelemahan pentadbiran UNISEL.

Alasan yang diberikan Khalid Ibrahim bahawa UNISEL tidak dapat membayar hutangnya disebabakan pendapatannya masih mencukupi untuk membiayai gaji tenaga pengajar serta sistem penjagaan dan pentadbiran asrama.

Justeru, jalan yang terbaik ialah membuat pinjaman bank. Untuk itu, Kerajaan Selangor sedang menyediakan dokumen berkenaan untuk diserahkan kepada pihak bank.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger