KENAPA LIM KIT SIANG ‘TAKUT’ DENGAN FILEM TANDA PUTERA?



Persoalan mengapa filem Tanda Putera yang dijadualkan akan ditayangkan di pawangan sedikit masa lagi terpaksa ditangguhkan hanya kerana disebabkan campur tangan politik.

Ramai penganalisis filem di Malaysia melihat situasi ini sangat tidak baik kerana telah mencampuradukkan seni filem dan politik.

Akibat tidak rasa puas hati dek kerana jalan cerita dan sinopsis cerita mempunyai hubungkait dengan dirinya dan DAP, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah, didakwa dibawa oleh Facebook filem Tanda Putera, yang berkisar tentang rusuhan 13 Mei dan perkembangan berkaitan.

Lim Kit Siang harus menerima hakikat bahawa kejadian 13 Mei itu adalah sesuatu yang sudah berlaku dan ia adalah tragedi berdarah yang merupakan suatu ‘sejarah’ kekal negara. Sejarah sudah pasti tidak boleh diubah dan mengubahnya. Belum pernah terjadi sejarah itu boleh diubah melainkan dalam filem Barat ‘Back to the future’.

Menjadi kelaziman DAP yang kebanyakan pemimpinnya terdiri daripada peguam mengambil keputusan mahu menyaman Penerbit Eksekutif Tanda Putera, Aida Fitra Buyong yang dikatakan teah memfitnahnya.


Lim Kit Siang marah apabila gambarnya telah dimuat naik ke dalam laman rasmi Facebook filem Tanda Putera dengan menggambarkan dirinya itu sedang kencing di tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor, ketika itu rumah kediaman Menteri Besar Selangor, serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969.

Dengan tegas, Lim Kit Siang menyatakan pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 dirinya tidak berada di Kuala Lumpur semasa kejadian itu berlaku. Bagaimana seorang pemimpin politik yang kini sudah lanjut usia masih ingat bahawa tarikh tersebut beliau tidak berada di Kuala Lumpur? Jika beliau masih ingat akan tarikh tersebut, kenapa pula tidak mengingati tragedi berdarah 13 Mei 1969?

Walau apapun alasan Lim Kit Siang, pengarah filem itu menegaskan bahawa jalan ceritanya tidak ada kaitan dengan pemimpin DAP yang dimaksudkan ramai pihak. Namun, Penasihat DAP itu terasa dirinya berada dalam kejadian itu sehingga mahu menyaman. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 21, 2012 at 2:33 PM

terimalah hakikat bahawa 13 mei,1969 adalah rusuhan kaum yang tetap terpahat sebagai sejarah..adakah kita mahukannya berulang lagi?..kalau mahu silakan dan kalau tak mahu jangan hina islam dan pelekahkan hak org melayu..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger