KARPAL SINGH JELASKAN MENGAPA DIRINYA ANTI ISLAM


Saya secara jelas lagi terang menentang keras menjadikan Malaysia sebagai negara Islam...

Karpal Singh dengan jelas menentang keras penubuhan negara Islam... atas alasan itu juga PAS yang bersekongkol dengan DAP dan PKR ‘terpaksa’ dan ‘dipaksa’ untuk mengubah pendiriannya menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan. Ini telah menggambarkan bahawa PAS sebenarnya tidak kuat seperti yang diperkatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Bagaimana Malaysia yang penduduknya majoriti beragama Islam dan pemerintahnya memerintah berpandukan Islam tidak boleh dijadikan sebagai negara Islam? Sedangkan negara Islam tidak pula menidakkan kepentingan dan kedudukan mereka yang bukan Islam di dalam sesebuah negara?

Dalam wawancara Utusan Malaysia bersama dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan kenyataannya bahawa:

KARPAL: Saya bukan anti-Islam, Islam merupakan sebuah agama, saya tidak pernah menentang agama Islam, bagaimana boleh melabelkan saya seperti itu? Saya hanya menentang secara terang-terangan konsep negara Islam itu yang boleh mengamalkan hukum hudud.
                   
Hukum hudud boleh diamalkan di negara-negara Islam, contohnya di Arab Saudi dan Iran. Saya menentang hudud kerana ini bukan negara Islam, ini negara sekular. Oleh itu bagaimana mahu melaksanakan ia di sini?

Pada tahun 1988, Mahkamah Agung telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sekular. Bagaimana boleh menubuhkan negara Islam? Saya juga menentang penubuhan negara Islam kerana ini bukan negara Islam, ini negara yang meliputi pelbagai kaum. Saya dan DAP tetap dengan pendirian, kami menentang sekeras-kerasnya penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukuman hudud.

Malaysia merupakan negara sekular, tidak ada sebarang perubahan dalam perkara ini.


Dalam wawancara itu juga Karpal Singh menjelaskan beliau tidak akan teragak-agak mahu menyaman Nasharudin yang disifatkannya sebagai pemimpin tidak cerdik. Ujarnya lagi, Nasharudin harus melihat bagaimana ‘bos-bos’nya di dalam PAS begitu taat dengan pendirian DAP dan Pakatan Pembangkang dalam memenangi PRU-13 akan datang.

Karpal Singh juga ditanya mengenai soal hukum da negara Islam seperti yang terkandung dalam pembentukan negara Islam di Malaysia.

UTUSAN: Dalam soal hukum hudud dan negara Islam, apakah pendirian tegas YB dan DAP akan terus kekal?

Sampai bila-bila pun, inilah pendirian kami (DAP), menentang penubuhan Islam yang boleh mengamalkan hukum hudud.

PAS haruslah menerima hakikat sebenar, sehingga akhir, kami (DAP) tidak akan sesekali berkompromi dengan soal negara Islam dan hudud... sampai bila-bila, PAS harus sedar dengan realiti ini.

Dengan kenyataan Karpal Singh itu, apakah pula tindakan dan kenyataan balas pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz, Mat Sabu mahupun Setiausaha Agong PAS yang selama ini lantang mempertahankan DAP.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
August 22, 2012 at 1:17 AM

sayonara lar...apa lagi tunggu

Anonymous
August 22, 2012 at 6:33 AM

Memang bos2 dalam parti ustaz Nasa mentaati perintah tuhan dapigs.
Mereka terlalu gila kuasa,harta dan betina.
Bukan saja negara mahu dijual,lebih teru lagi apabila Agama Allahpun sanggup dijual.
Fatwa demi fatwa dari tg nik Pork dan hadi pork telah menaikkan semangak Porky totok berengset mereka.
Bagi mereka islam tidak penting yang penting tuhan dapigs mesti disembah.
Menentang hudud bermakna menentang islam.
Bagi parti PORK,menentang Hudud hanya Umno,Dapigs is GODs.
Pemimpin2 dan ulamak2 pati PORK are PORKIES.
Apa tuhan Dapigs firman itu WAJIB di taati.
halal darah mereka yang mengucap kalimah Laillahaillah.
Haram darah mereka yang berfahaman parti PORK.
Dapigs is Lord.
Pas is PORKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger