JALINAN PAS, DAP DAN PKR LEBIH ISLAM JIKA DIBANDINGKAN DENGAN BN



Bagi mengubah persepsi rakyat Malaysia ke atas peranan PAS yang kini dilihat semakin meruncing apabila sanggup bersekongkol dengan DAP – parti yang anti Islam, PAS mengalih tumpuan dengan menidakkan pemerintahan BN yang tidak Islam berbanding Pakatan Pembangkang.

PAS mendakwa kerjasama BN tidak memfokuskan terhadap dasar dan konsep Islam. Malah, tidak keterlaluan PAS ‘memuji’ Pakatan Pembangkang yang sehaluan dalam memperjuangkan Islam.

Kenyataan Abdul Hadi Awang itu disifatkan bertujuan menidakkan sumbangan dan peranan yang dilakukan pemimpin terdahulu seperti Tuanku Abdul Rahman sehinggalah kepada Najib Razak yang memegang jawatan Perdana Menteri. Apakah agama rasmi Malaysia ketika ini jika benar-benar Abdul Hadi Awang beranggapan Islam tidak dipraktikan di Malaysia?

Presiden PAS itu seperti ‘bayi yang baru lahir’ yang tidak tahu apa-apa tentang Islam tetapi bercakap tentang Islam di Malaysia. Abdul Hadi Awang harus ingat bahawa jika tidak kesepakatan yang ada dalam BN – UMNO, MCA, MIC dan beberapa komponen BN di Sabah dan Sarawak maka tidak wujud Perlembagaan yang ada hari ini yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Melihat kerjasama PAS dan komponen Pakatan Pembangkang – DAP yang dilihat sebagai lakonan sahaja demi untuk kepentingan politik dan menuju Putrajaya. Pada dasarnya PAS sebuah parti yang tidak kuat dan tidak komsisten dalam memperjuangkan Islam. Hanya kerana tidak diterima cadangan negara Islam oleh DAP, PAS terpaksa mengubah konsepnya kepada negara berkebajikan. Manakala, DAP secara terang menolak hukum hudud dan negara Islam – PAS membisu dengan seribu bahasa.

Kenyataan Abdul Hadi Awang bahawa kerjasama PAS dan DAP adalah berasaskan agama Islam yang dinyatakan Rasulullah SAW, iaitu Islam wajib melaksanakan syarat-syarat dimeterai, kecuali syarat menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

Jika benar apa yang diperkatakan Abdul Hadi Awang itu, kenapa isu peningkatan rumah urut dan cubaan mengKristiankan muslim di Selangor tidak dibendung sebaliknya hanya dibiarkan sahaja. Malah, pemimpin yang benar-benar memperjuangkan Islam dalam PAS dipecat hanya disebabkan tidak bersetuju dengan hubungan kafir Pakatan Pembangkang.

Ternyata Presiden PAS itu bercakap ikut main sedap mulutnya saja. Sebelum buat kenyataan itu, buatlah kajian terlebih dahulu. Jika tidak, Abdul Hadi Awang bukanlah seorang yang berilmu. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger