JALAN RAYA KUCHING-MIRI HIGHWAY UTARA-SELATAN



Disebabkan tiada lagi modal isu yang hendak diutarakan pemimpin Pakatan Pembangkang, Ahmad Nazib telah memainkan isu jalan raya di Sarawak. Secara terus, Ahmad Nazib mempersoalkan bentuk dan keadaan jalan raya di Sarawak khususnya dari Kuching hingga Miri.

Agaknya sebagai seorang peguam, beliau hanya melihat dari segi dokumentasi dan atas kertas tanpa melaluinya sendiri.

Umum mengetahui bahawa bentuk muka bumi Sarawak tidak sama seperti di Semenanjung Malaysia yang mana Sarawak mempunyai banyak sungai dan tanahnya yang lembut. Ini menyukarkan pembinaan jalan raya yang baik kerana memerlukan kos yang tinggi. Sewajarnya kos ini boleh digunakan juga untuk mempertingkatkan pembangunan di kawasan lain yang dirasakan perlu disegerakan.

Highway Utara-Selatan yang ada di Semenanjung Malaysia dibina oleh syarikat swasta dengan kos yang banyak. Melihat kepada faktor tanah, ternyata di Semenanjung Malaysia itu mempunyai banyak banjaran ini membuatkan tanahnya kuat.

Di Sarawak, selain tanahnya lembut, beberapa faktor lain menyebabkan keadaan jalan raya yang kurang baik seperti bergunung-ganang, lori balak dan sebagainya. Apakah jika Pakatan Pembangkang memerintah Sarawak, mereka akan membuat jalan raya dari Kuching hingga ke Miri seperti Hinghway Utara Selatan?

Adalah lebih baik Baru Bian dan Ali Biju yang menang di DUN Ba’kelalan dan DUN Krian membaiki jalan raya di kawasan itu menjadi seperti Highway. Jika kedua-dua kawasan itu sudah mempunyai Highway, baharulah boleh bercakap mengenai Jalan Kuching-Miri.
Share this article :
 

+ comments + 6 comments

Anonymous
August 16, 2012 at 12:59 PM

Kenap tak beri 50km kontrektor dari semenanjung, 50km beri pada kontrek sarawak, 50 lagi brr kontrektor dari sabah..rakyat boleh nilai sendiri standard alanraya yng merka buat itu, nak tanya why fly over jalan pun tak rata..pada hal jambatan itu di buat dari konkret, simen,,why why..jalan yg membelah gunung bukit pun bamping , lobang sana sini...sibi ke bingulu dan mir jalan tak pernah bagus..line putih atas jalan pun da blurrr, kelabu, hilang papan tanda pun kelabu, rosak...Jalan raya sabah kira ok jugak, brunie lagi best, tepi paya, tepi sungai, tepi laut no problem..cantik...

Anonymous
August 17, 2012 at 12:20 AM

Kerajaan sarawak malas nak pikir sebab tulah tak membangun. . .Negeri sarawak kaya. .Tanah banyak. .Luas. . .Hasil tanaman melimpah ruah. .Balak berkoyan2 tp tak digunakan utk rakyat. . . Buat apa? Cuba sarawak di ambij balik oleh keturunan james brooke sure lebih membangun dari semenanjungkan? Terimaginekan sarawak jadi mcm london. . .Semenanjung negeri kecik tak kaya mcm kat sarawak tu tp duit kerajaan mmg digunakan utk rakyat. . .Susah kita nak jumpa titi2 buruk walau kat hulu kampung skalipun. . . Sedarlah kerajaan sarawak jgn bagi byk alasan sedangkan mereka sendiri yg malas. , .yg kaya bertambah kaya. .Yg miskin makin papa. . . Lu pikirlah sendiri. . .

Anonymous
August 17, 2012 at 2:53 PM

jangan tanya apa sumbangan rakyat pada negara/negeri..sebalik tanya mana sumbangan parti yg memerintah pada rakyat yang telah mengundi....rakyat telah jalankan tanggungjawap sebagai pengundi.
Rakyat dah berpuluh2 tahun sokong BN sarawak kenapa masih lagi ramai rakyat susah,kampung susah dan semuanya susah.

Anonymous
April 15, 2013 at 3:54 PM

PAS kata kalau PR menang PRU13, semua tanda jalan berwarna hijau akan diletak BULAN putih sebagai tanda PAS mengungguli PR.

Anonymous
April 15, 2013 at 3:57 PM

Pok mana nak download VIDEO SEX MUSTAPA ALI SU Agong Parti ISLAM Satu Malaysia tu erk???

Anonymous
August 26, 2013 at 11:10 AM

Jalan raya di Borneo- Sabah & Sarawak memang berkualiti rendah, cepat rosak, banyak tampalan dan tidak rata walaupun sudah lama BN memerintah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger