HUDUD: NIK AZIZ KATA DAP TIDAK BERSALAH TAPI NIK ABDUH KECAM KARPAL SINGH



Ternyata Nik Aziz dan anaknya Nik Abduh tidak bersependapat dalam soal pertikaian hukum hudud dan pembentukan negara Islam yang dikecam Karpal Singh.

Nik Aziz masih berpegang kepada prinsip kepentingan politik diutamakan dengan menganggap isu ini kecil dan tidak menjejaskan hubungan PAS dan DAP. Berbeza bagi Pemuda PAS yang mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang menidakkan usaha PAS mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam.

Kenyataan Nik Aziz itu seolah-olah beliau Presiden PAS sedangkan beliau hanyalah Mursyidul Am PAS yang dilantik dalam sayap PAS. Apakah kuasa Nik Aziz melebihi kuasa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?

Nik Aziz mengakui bahawa pemerintahan secara Islam termasuk hudud menjadi dasar perjuangan politik PAS, ia bukan bawah undang-undang PAS. Maksudnya di sini jika Pakatan Pembangkang menang dengan berpegang mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, tetapi jika tidak dipersetujui rakan dalam Pakatan Pembangkang seperti DAP dan PKR maka ianya tidak akan dilaksanakan. Atau lebih mudah lagi ia sekadar gimik politik untuk menarik sokongan rakyat Melayu.

Selepas Ketua Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud dan pembentukan negara Islam sehingga sanggup mahu menyaman bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa kini Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Karpal Singh.

Sebagai pemimpin dan parti yang bersepakat dalam Pakatan Pembangkang, DAP seharusnya mengeluarkan kenyataan yang tidak akan menyinggung rakannya seperti PAS. Tetapi tidak bagi DAP yang mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut saja. Ini sangat mendukacitakan Pemuda PAS yang melihat isu telah meretakan hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Pembangkang.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal Singh dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam Pakatan Pembangkang.

Biarpun anak beranak ternyata kedua-dua mereka itu tidak bersependapat dalam soal pendirian parti. Dalam soal ini, Nik Abduh dilihat masih mentah berbanding bapanya, namun suara Pemuda PAS tidak perlu diketepikan memandangkan kini zaman cerdik pandai berbanding Nik Aziz yang semakin tua dan semakin pelupa. 
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 23, 2012 at 1:55 PM

Meme le Dapigs tak salah sebab mereka kapir harbi.
Nak tanya Nik ajis ni..
Kau tu kafir harbi ka isle?
Dengar cerito kau tu Bapok Kapir.Betul ko?

Anonymous
August 23, 2012 at 2:03 PM

kAwe raso demo demo ni(puok pah klate) gi ambak aye lago seko soghe..karpal seko,nik ajis seko,awang hadi seko,anugay seko..pah tu demo pakat dok lago blako aye2 tuh..mace tok biaso nogori pak kadok ni..mene soghok,negri tergadai..tapi kawe ghaso la..aye anugay la bule menng sebak aye pok gay nate buleh taji kot mano2..taji kot depn pong bule,taji kot blake pong bule sesangak..guano??

Anonymous
August 28, 2012 at 11:38 AM

nik najis dan nik bubduh ni sama je perangai. bodoh tapi tak reti2 nak letak jawatan. bodoh punya ulamak!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger