GILIRAN NASRUDIN HASSAN TANTAWI KECAM KARPAL SINGH



Selepas Nasharudin Mat Isa tiba giliran Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi menemplak Pengerusi DAP Karpal Singh yang dianggapnya sebgai sudah keterlaluan.

Selepas membidas kenyataan Nasharudin Mat Isa di dalam Utusan Malaysia, giliran Nasrudin Hassan Tantawi pula mengecam Karpal Singh dalam Sinar Online. Nasrudin menyifatkan Karpal Singh itu sudah "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.

Tindakan Karpal Singh yang cuba merendah-rendahkan hukum Islam itu pastinya akan mengundang kemarahan rakyat Malaysia termasuklah daripada kalangan ahli-ahli PAS.  

Bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku, Pemuda PAS menyarankan agar Karpal Singh mengambil tindakan segera dengan menarik balik kenyataannya sebelum ini dan meminta maaf secara terbuka khususnya kepada PAS. Manakala, DAP perlu menasihatkan Penasihat DAP itu supaya mulut peguam itu tidak terlalu lantang bersuara dalam menentang ajaran Islam.

Penubuhan dan penentangan terhadap negara Islam telah menyebabkan pertikaman lidah antara Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.

PAS yang sebelum ini bertekad untuk memasukkan hukum hudud dalam pelaksanaan negara Islam semasa PRU-13 akan datang hebat ditentang DAP yang menganggap Malaysia bukan negara Islam. Bagi meredakan ketegangan berhubung negara Islam, PAS terpaksa mengalah hingga menukar konsep negara Islam kepada negara berkebajikan. Keadaan ini menyebabkan ramai ahli PAS berasa kehairanan kerana PAS sebuah parti yang kuat dan kenapa sanggup menukar dasarnya hanya kerana mahu memenangi hati DAP!

DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Juga, hukum hudud dan negara Islam tidak termasuk dalam Buku Jingga yang dijadikan manifesto Pakatan Pembangkang dalam PRU-13.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
August 22, 2012 at 9:28 AM

Dia ni tantawi ke tongtaik?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger