DR MOHD ASRI: HUDUD HANYA ALAT POLITIK PAS



Sama ada PAS tidak memberikan penjelasan yang jelas kepada DAP atau DAP yang degil dan anti-Islam terhadap hukum hudud dan negara Islam itu sendiri seperti yang dibawa PAS.

Kedua-dua perlakuan di atas mencerminkan bagaimana hudud telah dipolitikan PAS sehingga menyebabkan DAP menentang keras dan sanggup bertikam lidah seperti yang dilakukan Karpal Singh kepada Nasharuddin Mat Isa.

Bagi bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

PAS telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

Dalam erti kata lain, DAP memahami atau buat-buat tidak faham dalam pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Bagi Karpal Singh, beliau tetap dengan pendiriannya dalam menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di Malaysia.

Dr. Mohd Asri menyifatkan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat PAS adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh PAS adalah tidak lengkap.

Adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

Ternyata penerangan dan sesi taklimat PAS berhubung isu hudud ini masih tidak lengkap sehingga menyebabkan bukan Islam di dalam DAP dan PKR menyifatkan hukum hudud itu tidak sesuai diadakan di Malaysia. Juga bagi kebanyakan penyokong tegar Pakatan Pembangkang yang menyifatkan hudud ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan UMNO dan BN.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger