DEBAT LIM GUAN ENG DAN MANSOR OTHMAN DENGAN TAJUK “DAP DAN PKR TIDAK PERCAYA SESAMA SENDIRI”



Apakah akan tercetusnya Perang Dingin Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang dalam masa terdekat ini? Semestinya, BN perlu mengambil kesempatan ini bagi membuktikan bahawa Pakatan Pembangkang hanya mementingkan diri dan politik sempit mereka berbanding keperluan rakyat.

Perang Dingin antara Lim Guan Eng (DAP) dan Mansor Othman (PKR) – bolehlah Sinar Harian membuat debat antara kedua-duanya nanti. Pasti menarik!

Ini bukan perkara baru dan persengketaan DAP-PKR ini sudah lama berlaku seperti yang diterjemahkan Karpal Singh ke atas perbuatan Anwar Ibrahim.

Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.

Jelas sekali belum menang PRU-13, pelbagai janji dan habuan yang telah dibincangkan PKR dan bukannya berbincang mengenai usaha untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat. Di manakah slogan “Demi Rakyat” yang dicanangkan dalam setiap ceramah mereka.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger