DAP TIDAK AKAN SETUJU BIARPUN PAS BERTEGAS LAKSANA HUDUD



Setelah didesak bertalu-talu, akhirnya Lim Guan Eng secara terbuka menjelaskan polisi DAP bersama PAS dan PKR hanyalah untuk menang dalam PRU-13 dan sesekali tidak akan berkrompomi pasal hukum hudud. Sekiranya menang, baharulah mereka akan duduk bersidang dan berbincang tentang bagaimana mahu memerintah dan membentuk pentadbiran Malaysia. Yang pasti, hukum hudud atau hukum Islam tidak akan dilaksanakan seperti mana yang ditegaskan DAP sebelum ini.

DAP tidak akan setuju dan tidak akan melaksanakan hukum hudud walaupun PAS benar-benar mahu melaksanakannya sekiranya menang PRU-13.

Malah, tegas Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw isu hukum hudud ini sudah lapuk dan DAP tidak akan melayan desakan daripada mana-mana pemimpin termasuk juga PAS yang dilihat kini sangat ekstrim untuk melaksanakan hudud di Malaysia.

PAS terdahulu menerusi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Nik Aziz bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan di Malaysia memandangkan majoriti penduduknya beragama Islam.

Sebagai parti berteraskan Islam, adalah wajib bagi PAS untuk memperkuatkan Islam sebagai pegangan majoriti masyarakat di Malaysia. Jika DAP beranggapan hudud itu merosakkan pentadbiran undang-undang di Malaysia, pemikiran pemimpin DAP itu sangat sempit dan kuno.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger