Wednesday, August 29, 2012



Semenjak menang PRK Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim sudah mencanang mahu mempengaruhi wakil-wakil rakyat Parlimen untuk ‘lompat’ parti dan menjadikan Pakatan Pembangkang majoriti serta seterusnya menjadi kerajaan memerintah Malaysia. Justeru, Anwar Ibrahim boleh terus jadi Perdana Menteri.

Oleh sebab itu, Anwar Ibrahim telah mencanangkan 16 September 2009 sebagai tarikh untuk Pakatan Pembangkang menjadi kerajaan di Malaysia. Hasrat itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila ‘katak-katak’ yang cuba dipengaruhi Anwar Ibrahim tidak muncul.

Anwar Ibrahim mendapat idea ini apabila kejatuhan kepimpinan kerajaan Perak yang diterujui PAS walaupun DAP yang menang besar. Disebabkan lompat parti pemimpin PKR dan DAP kepada calon Bebas yang menyokong BN maka undang-undang telah memutuskan BN sebagai parti majoriti dan memerintah Perak.

Undang-undang ini juga telah menghentikan drama ‘kerajaan sementara Pakatan Pembangkang’ yang bersidang di bawah pokok seperti mana kerajaan Pasir Berdengung dalam cerita P. Ramlee.

Keputusan DAP mahu melaksanakan undang-undang lompat parti di Pulau Pinang sebagai suatu usaha DAP memperkuatkan kuasanya yang mana percaya PRU-13 nanti akan menyebelahi mereka. DAP percaya rakyat Pulau Pinang akan menyokong DAP dan menolak PKR dan PAS termasuk juga BN disebabkan ketidakseimbangan pembahagian kerusi di Pulau Pinang. Nescaya, PKR dan PAS pasti tidak akan setuju dengan pembahagian kerusi di Pulau Pinang kerana sehingga kini keputusan tersebut masih lagi dalam pertimbangan dan perbincangan.

Anwar Ibrahim kini tersepit dengan idea Lim Guan Eng yang mahu melaksanakan undang-undang lompat parti yang kini demi memperkuatkan DAP di Pulau Pinang. Dengan beberapa isu yang masih belum selesai dipercayai rakyat Pulau Pinang menolak PKR dan beralih kepada DAP dan BN. 
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!