Saya bangga dan gembira menjadi pemimpin pertama di dunia yang menggunakan
Google Hangout untuk berinteraksi dengan warga maya – yang akan diadakan pada
17 Ogos nanti bermula jam 10.30 malam.
"Saya teruja dengan prospek melibatkan rakyat Malaysia di Internet,
pencetus kebebasan bersuara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang
penting kepada mereka.
Anwar berkata, beliau bangga kerana menjadi pemimpin politik tempatan
pertama menggunakan Google Hangout.
"Anda ada soalan boleh bertanya terus," kata beliau dalam satu
kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, jelas Anwar Ibrahim lagi, setiap soalan akan ditapis terlebih
dahulu oleh pasukannya dan pekerja sukarelawan termasuklah sebahagian daripada
mereka yang bertanya soalan untuk sesi LIVE. Dengan kata lain, TIDAK semua
soalan yang akan ditanya ‘rakyat’ akan dapat dikemukakan kepada Anwar Ibrahim
dengan hanya yang terpilih dan sesuai saja akan dikemukakan.
Bagi pengguna twitter, sila menggunakan hashtag #BorakAnwar supaya orang
lain dan saya sendiri boleh membaca tweet anda dan bertindak balas kepada
mereka.
Ternyata apa yang dilakukan Anwar Ibrahim dalam Google Hangout ini adalah
sesuatu yang hanya untuk mempopularkan diri bersandarkan soalan terpilih yang
telah ditapis. Jika benar Anwar Ibrahim dan pasukannya telus dalam menerima soalan
dan menjawabnya secara jujur, hanya ada satu soalan saja yang perlu dijawabnya
iaitu;
Soalan: Selepas dakwaan liwat yang pertama sehinggalah kepada dakwaan liwat
Saiful Bukhari Azlan, YB Anwar Ibrahim masih lagi TIDAK melakukan sumpah laknat
dan hanya menafikan dakwaan dengan helah-helah politik sedangkan mangsa kena
liwat (Saiful Bukhari Azlan) telah melakukan sumpah laknat.
Itulah soalan yang selama ini cuba ditanya wartawan dan rakyat kepada Anwar
Ibrahim dan selama itu juga masih tiada sebarang jawapan. Apakah soalan ini
akan terlepas daripada tapisan pasukan Anwar Ibrahim pada rancangan Google
Hangout? Sama-sama kita saksikan pada 17 Ogos 2012 nanti...







