PAS AMAL POLITIK BUDAYA ‘ALA SYAITAN’



Biarpun Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan bahawa parti itu dan rakan-rakannya dalam komponen Pakatan Pembangkang mengamalkan politik ‘ala syaitan’, namun selepas menonton Debat antara Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya anjuran Sinar Harian.

Debat yang berlangsung selama 1 jam 30 minit itu telah berjaya mengupas persoalan mengenai PRU-13: Orang Muda Pilih Siapa? Dengan kesimpulannya Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya telah berjaya menyakinkan hadirin dan penonton yang mendengarnya bersandarkan hujah tentang pendekatan Islam seperti yang dipersetujui bersama. Bagaimanapun, Nasrudin Hassan Tantawi lebih banyak bercakap tanpa berdasarkan bukti dan hanya memfokuskan kepada PAS sahaja.

Debat semalam juga telah berjaya menyedarkan Pakatan Pembangkang bahawa selama ini mereka mengamalkan politik ala syaitan. Ini berdasarkan sikap ahli politik terutama daripada Pakatan Pembangkang yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.


Demikian juga dengan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang menyatakan , yang pimpinan ala syaitan”ini bukanlah definisi yang sesuai dan tidak harus digunakan bagi menggambarkan kepimpinan di negara ini.

Perbuatan politik ala syaitan ini telah lama dalam DAP, tetapi agak baru bagi PAS dan PKR. Sebelum mereka bergabung menjadi satu Fuckatan, DAP dan PAS banyak berjuang atas kepentingan politik masing-masing hingga menyebabkan merek kurang popular. Namun, kehadiran perancang utama politik ala syaitan, Anwar Ibrahim ke dalam Fuckatan yang menggabungkan DAP, PAS dan PKR telah berjaya mengubah nasib mereka pada PRU 2008.

Nampaknya, kini PAS dan PKR sudah mula sedar akan politik yang mereka canang-canangkan selama ini ialah ala syaitan.

Umum mengetahui bahawa budaya politik sebegini jelas bertentangan dengan syarak dan tidak bertepatan dengan budaya Timur. Persoalan di sini, mengapa dan kenapa PAS masih lagi bersengkongkol dengan DAP dan PKR dalam mencambahkan politik ala syaitan ini?

Bagi menyelamatkan golongan muda pada hari ini, mereka hendaklah menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain. Lihat saja Perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan sebelum ini yang banyak memperalatkan golongan muda untuk mengucar-kacirkan negara.


Namun, PAS masih tetap dengan penafiannya dengan menyatakan Unit Amal PAS yang menyerang benteng polis semasa BERSIH 3.0 lepas adalah yang terbaik pernah dimiliki PAS dalam memperjuangkan Islam. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger