Wednesday, July 4, 2012



Petikan penghakiman Mahkamah Persekutusan pada 5 September 2004 semasa membebaskan Anwar Ibrahim daripada sabitan dan hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar:

“Walaupun melalui pembacaan rekod rayuan, kami menemui bukti untuk mengesahkan bahawa perayu-perayu (Anwar dan adik angkatnya, Sukma Dermawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam kegiatan homoseksual dan terdorong untuk mempercayai bahawa perbuatan yang didakwa itu memang berlaku di Tivoli Villa, pada satu masa, tetapi mahkamah hanya boleh mensabitkan mereka sekiranya pihak pendakwaan berjaya membuktikan tanpa sebarang keraguan mengenai kesalahan itu.

Biarpun hakim telah memutuskan “membebaskan” Anwar Ibrahim pada 9 Januari 2012, penghakiman penuh kes liwat Anwar Ibrahim dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menceritakan segala-galanya. Kesimpulan penghakimannya mendapati terdapat penetrasi berdasarkan hasil ujian DNA yang diperolehi oleh Lay Hong yang berlaku ke atas dubur Saiful Bukhari hingga timbul persoalan sperma “lelaki Y”. Ini berdasarkan keterangan 3 orang doktor Hospital Kuala Lumpur, Dr. Khairul Nizam Hassan, Dr. Siew Sheue Feng dan Dr. Mohd Razali Ibrahim.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam alasan penghakimannya yang diserahkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan menjelaskan tiada keterangan sokongan. Adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.

Dr. Seah Lay Hong, pakar kimia dari Hospital Kuala Lumpur memberikan pandangan berlakunya penentrasi berdasarkan sampel-sampel yang diambil daripada dubur Saiful Bukhari dengan mengandungi sperma “lelaki Y”.

Hanya disebabkan kenyataan “tiada bukti sokongan, adalah tidak selamat mahkamah mensabitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebeum dihantar untuk analisis kimia” membolehkan Anwar Ibrahim terlepas daripada hukuman penjara selama 20 tahun.

Disebabkan tiada sebarang bukti untuk menyokong keterangan Saiful Bukhari berhubung penetrasi. Keadaan ini menyebabkan mahkamah hanya boleh membuat keputusan berdasarkan keterangan Saiful Bukhari untuk membuktikan penetrasi.

Berdasarkan kepada itu, hakim menyatakan ini merupakan kesalahan seksual, adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa mahkamah selalunya keberatan untuk mensabitkan seorang tertuduh semata-mata berdasarkan kepada keterangan pengadu tanpa keterangan sokongan.

Dengan penghakiman setebal 80 muka surat bertarikh 9 Januari 2012, Hakim Mohamad Zabidin melepaskan Anwar Ibrahim dengan “tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan”.

Hakim Mohamad Zabidin memutuskan demikian di akhir kes pembelaan selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti DNA.

Tercemarnya bukti sperma “lelaki Y” itu disebabkan tindakan pegawai penyiasat Judy Blacious Periera membuka beg plastik yang mengandungi bekas-bekas kecil berisi sampel bukti.

Dengan membuka beg plastik itu, keyakinan terhadap integriti sampel tersebut telah hilang.

Adalah mustahil untuk pegawai penyiasat tersebut menggunakan sampel DNA (yang diperolehi dari lokap yang menempatkan Anwar Ibrahim) digunakan untuk dicampurkan dengan sampel-sampel yang diambil dari Saiful Bukhari.

Ini kerana pada waktu sampel dari lokap diambil dan diserahkan kepada pegawai pendakwa pada 17 Julai 2008, sampel-sampel yang diambil dari dubur Saiful Bukhari telah berada pada Lay Hong di Jabatan Kimia. 

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!