Tuesday, July 3, 2012



Hanya kerana janji mahu memberikan sumbangan berupa wang tunai daripada kerajaan DAP Pulau Pinang jika hadir, 3 orang warga emas iaitu Norma Yusof, 63, Zainab Long, 74 dan Zainab Boo Ibrahim, 74 telah diperdaya dan diperalatkan untuk hadir ke majlis yang dihadiri Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Teluk Bahang pada Sabtu lepas.

Mereka memaklumkan seorang pemimpin PKR telah datang kepada mereka dan menjemput untuk hadir dan seterusnya menerima sumbangan wang tunai seperti yang dijanjikan.

Bagaimanapun, sehingga majlis itu berakhir, ketiga-tiga warga emas itu pulang dengan tangan kosong tanpa menerima sebarang sumbangan wang tunai daripada penganjur seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketiga-tiga mereka itu berasakan seperti dipermainkan kerana pemimpin pembangkang tersebut sanggup menipu penduduk kampung semata-mata mahu menunjukkan rakyat menyokong kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mangsa, Norma Yusof, 63, berkata, "Saya pergi majlis terbabit tetapi nama saya tidak dipanggil untuk menerima bantuan. Apabila saya pergi berjumpa dengan pemimpin PKR yang datang berjumpa saya Rabu lepas, dia cuba mengelak daripada menjawab pertanyaan saya.

Seorang lagi mangsa, Zainab Long, 74, memberitahu beliau sanggup berjalan kaki sejauh satu kilometer hanya untuk ke lokasi majlis dengan harapan menerima sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung keluarganya.

Lebih menghibakan, bukan sumbangan yang diberikan sebaliknya senaskah risalah kerajaan negeri, Buletin Mutiara yang diberikan. Malah, Zainab menidakkan apa yang diterbitkan dalam Buletin Mutiara hanya sebagai pembohongan kerajaan DAP dan Pakatan Pembangkang.

Dengan hati yang luntur, penganjur memberitahu namanya tidak ada dalam senarai penerima sumbangan.

Begitu juga Zainab Boo Ibrahim yang melahirkan kesedihan kerana memperalatkan warga emas sepertinya bagi kepentingan politik. Biarpun mereka sedar dan tahu, kehidupan mereka miskin, tetapi sekalipun tidak pernah menyusahkan orang lain. Apa yang dilakukan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan penganjur majlis ternyata menyusahkan rakyat dan memalukan orang lain. 

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!