Monday, July 2, 2012



Biarpun PRU-13 akan diadakan tidak lama lagi, krisis kepimpinan dalaman Kerajaan Selangor kian parah. Setelah dihentam hebat blogger pro-kerajaan berhubung kedangkalan dan janji tinggal janji pemimpin Pakatan Pembangkang dalam melunaskan janji PRU 2008 dan ketidaktelusan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berhubung pemberian surat sokongan dalam memilih firma guaman untuk anak syarikat Kerajaan Selangor, kini satu lagi isu yang boleh meragutkan kepercayaan pengundi Selangor terhadap Pakatan Pembangkang.

Terbaru, pendedahan penyelewangan berjumlah RM1 bilion, iaitu RM2 bilion lebih murah berbanding yang dirampas Anwar Ibrahim semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri. Dakwaan penyelewangan bernilai RM1 bilion itu adalah serius kerana melibatkan kepentingan awam dan berkaitan pentadbiran Kerajaan Selangor pimpinan PKR.

Terdahulu, Kerajaan Selangor dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta di bawah geran Selangorku Sayang daripada sumber meragukan. Sehingga kini, isu ini langsung tidak dijawab Menteri Besar Selangor dan kepimpinan PKR Selangor.

Akibat daripada ketidakpuasan hati, PKR Selangor kini berpecah belah dan menubuhkan kumpulan yang menyokong Faekah dan satu lagi kumpula menentang Faekah. Pertelingkahan demi pertelingahan yang ditunjukkan kepimpinan PKR Selangor sehingga menyebabkan rakyat kini sudah mula bosan. Malah, ada sebahagian rakyat Selangor percaya penggal PRU-12 adalah suatu penggal yang merugikan dan memecahbelahkan rakyat.

Sejak diambilalih Pakatan Pembangkang, Selangor kini tidak lekang dengan pelbagai isu dan masalah. Akibatnya rakyat Selangor sendiri merana dan rugi berbanding rakyat yang tinggal di negeri-negeri tadbiran BN. 
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!