KERAJAAN PERSEKUTUAN SUMBANG RM5.3 BILION KEPADA KERAJAAN KELANTAN



Jika sebelum ini Kerajaan Kelantan pimpinan PAS bercakap takbur kononnya Kerajaan Persekutuan “tidak membantu” Kerajaan Kelantan dalam membangunkan Kelantan. Ini semua fitnah dan hanya bersifat mahu memberitahu rakyat Kelantan akan kezaliman Kerajaan Persekutuan pimpinan BN.

Sepanjang tempoh 22 tahun Kelantan ditadbir PAS dan sepanjang itu juga PAS menabur fitnah kononnya Kerajaan Persekutuan pimpinan BN tidak membantu rakyat Kelantan.

Sudah menjadi tradisi Kerajaan Persekutuan pimpinan BN bahawa tidak akan sesekali meminggirkan negeri-negeri yang terletak di bawah pentadbiran Pakatan Pembangkang seperti Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Adalah menjadi kewajiban Kerajaan Persekutuan memperuntukan sumber kewangan mahupun menggalakkan pelaburan di semua negeri di Malaysia termasuk negeri Pakatan Pembangkang.

Sepanjang tempoh RMK-10 yang dilancarkan pada tahun 2010, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sejumlah RM5.3 bilion kepada Kerajaan PAS Kelantan, iaitu suatu jumlah yang sangat besar berbanding negeri lain. Berbanding sumbangan yang diberikan Kerajaan PAS Kelantan yang hanya berjumlah RM300 juta dalam tempoh yang sama kepada Kerajaan Persekutuan.

Bantuan kewangan yang disalurkan kepada Kerajaan PAS Kelantan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri dan agensi-agensi kerajaan bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dan bantuan kepada rakyat miskin di Kelantan.

Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya yang telah dibentangkan di Parlimen pada Mei 2012.

Biarpun Kerajaan PAS Kelantan gagal dalam melunaskan keseluruhan pinjaman kewangan itu namun demi kemanusian dan keperluan rakyat, Kerajaan Persekutuan sedia membantu dan menambah peruntukan.

Hakikatnya, Kerajaan PAS Kelantan tidak mampu menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam kepada rakyatnya biarpun telah 22 tahun memerintah Kelantan. Manakala, BN yang diterajui UMNO sedikitpun tidak pernah meminggirkan Kelantan kerana rakyat Kelantan tidak bersalah sebaliknya pemimpin PAS Kelantan yang selama ini banyak memutarbelitkan fakta sebenar.

Sehubungan itu rakyat harus berfikir secara rasional dan menilai dengan adil kerajaan BN yang menepati janji berbeza dengan Pakatan Pembangkang ibarat "saudagar janji."
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger