KENAPA RAMAI PENYOKONG PEMBANGKANG BERANG DENGAN NAJIB RAZAK?



Di bulan Ramadhan ini, rakyat Malaysia harus bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah puasa dan sembahyang sunat tarawih tanpa sebarang gangguan senjata seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah. Biarpun ada pihak yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat menumbangkan kerajaan dengan cara kotor dengan berdemontrasi dan sentiasa cuba untuk menggugat ketenteraman awam.

Keamanan yang dikecapi pada hari ini harus dipelihara demi masa depan anak dan cucu cicit kita. Jangan hanya apa yang berlaku hari ini maka masa depan anak cucu cicit kita pudar dan gelap seperti yang sedang dialami rakyat seagama dengan Islam di Syria dan negara-negara Timur Tengah.

Keamanan yang dinikmati rakyat Malaysia pada hari ini juga adalah satu rahmat yang telah diturunkan Allah SWT dengan berkat kepimpinan Kerajaan BN yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Berbeza dengan satu negara dengan negara Islam yang lain kerana pada hari ini kenikmatan sebelum ini telah ‘diambil’ akibat kerakusan rakyatnya yang bertelagah hanya disebabkan kekuasaan politik. Ini suatu yang sangat tidak baik kepada agama Islam yang kini berdepan dengan kerakusan beberapa pihak yang anti dengan Islam hingga mahu menghancurkan agama bersandarkan kepada politik.

Berbekalkan semangat dan iltizam yang ditunjukkan Najib Razak, doa seluruh rakyat Malaysia bersempena dengan Ulang Tahun Kelahirannya Yang Ke-59 Tahun agar diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta memberikan kemenangan 2/3 kepada BN bagi memastikan Malaysia terus melangkah maju menjelang tahun 2020. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger