KENAPA PAKATAN PEMBANGKANG GELISAH DENGAN TEMA “55 TAHUN JANJI DITEPATI”?



Jika sebelum ini, sejak 54 tahun Malaysia merdeka dan Kerajaan merayakan Hari Kebangsaan dengan pelbagai macam tema tanpa sebarang campur tangan politik, tetapi pada Hari Kebangsaan Ke-54 Tahun ianya dijadikan modal politik Pakatan Pembangkang.

Apakah yang menyebabkan Pakatan Pembangkang gelisah dengan tema “Janji Ditepati”?

Sebelum ini, Penasihat DAPig Lim Kit Siang mengutarakan betapa takutnya DAP dengan tema Hari Kebangsaan Ke-55 Tahun itu hingga mendesak Perdana Menteri untuk menggantikan kepada tema lain. Ingatkan DAPig saja, tetapi PAS parti yang kononnya Islam juga terasa bahangnya dengan tema “Janji Ditepati”.

“Kalau boleh biarlah gunakan tema yang boleh diterima seluruh rakyat Malaysia. Jangan bila orang tengok saja tema Janji Ditepati ini, mereka akan terus ingat kepada BN," kata Mustafa.

Alasan yang diberikan PAS mengenai “Janji Ditepati” ialah tema itu akan membuatkan orang ramai ingat kepada BN.

Alasan itu sangat tidak munasabah dan lebih kepada politik. Seharusnya, PAS lebih mementingkan sentimen Islam dalam kemerdekaan jika mereka benar-benar parti Islam. Ini hanya disebabkan “Janji Ditepati” membuatkan PAS bercelaru kebingungan.

“Jika kerajaan tidak mengendahkan desakan ini, Pakatan Pembangkang sendiri akan mencadangkan tema lain yang lebih sesuai dan memberi gambaran terbaik untuk Hari Kemerdekaan,” kata Mustafa Ali.

Desakan PAS yang memberikan kerajaan masa seminggu untuk menukar tema tersebut tidak sewajarnya diambil perhatian. Apakah PAS mewakili seluruh rakyat Malaysia? Jika kerajaan bertindak menukar tema tersebut ini bermakna PAS lebih berkuasa daripada BN. Itulah yang sebenarnya yang dimahukan PAS.

Lebih menampakkan kekuasaan politik Pakatan Pembangkang ialah menggesa Kerajaan Negeri di bawah pentadbirannya seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan supaya tidak mengikut tema “Janji Ditepati Hari Kebangsaan Ke-55 Tahun itu. Apakah majoriti rakyat di negeri berkenaan setuju dengan penukaran tema Hari Kebangsaan yang akan digunapakai di seluruh negara?

Ternyata jelas, Pakatan Pembangkang sudah tida ada modal lain sehingga tema Hari Kebangsaan Ke-55 Tahun pun nak dijadikan politik. Ini ternyata membuang masa dan selayaknya permintaan sebegini tidak harus dilayan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger