KECELARUAN PEMBAHAGIAN KERUSI PR RESAHKAN ANWAR IBRAHIM



PRU-13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Namun, PR khususnya PKR masih kebingungan dan resah gelisah apabila senarai calon dan jumlah kerusi yang akan ditandingi masih belum dimuktamadkan. Atas sebab itulah, Anwar Ibrahim nekad akan bersara sekiranya PR kalah dalam PRU-13 sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Financial Times (FT).

Difahamkan sehingga kini PKR masih belum memutuskan calon yang sesuai dan jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka di seluruh negara. Malah, penyandang kerusi yang mewakili PKR di beberapa Parlimen dan DUN belum dimuktamadkan akan dicalonkan semula atau sebaliknya. Bagaimanapun, menurut sumber yang boleh dipercayai, PKR akan bertanding di 66 kerusi Parlimen dalam PRU-13 dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut:

Kedah – 7
Pulau Pinang – 4
Perak – 9
Selangor – 11
Terengganu – 1
Kelantan – 3
Pahang - 4
Johor - 4
Melaka - 1
Negeri Sembilan – 2
Wilayah Persekutuan – 5
Sabah – 8
Sarawak – 7

Melihat kepada jumlah itu, ianya sangat sedikit berbanding jumlah kerusi yang akan ditandingi DAP yang difahamkan akan bertanding sebanyak 89 kerusi. Manakala, PAS yang sememangnya berstatus pembangkang sejak zaman penubuhannya berhasrat mahu bertanding di 80 kerusi di Malaysia.

Dalam PRU 2008 yang lalu, PKR berjaya memenangi 31 kerusi dengan kebanyakan undinya diperolehi menerusi undi Melayu. Bagaimanapun, PRU-13 dijangkakan tsunami 2008 yang melanda politik negara dikatakan akan berulang tetapi akan menimpa PR. Ini kerana pendekatan liberal PKR dan PR serta dibayangi banyak isu dijangka akan menyukarkan memperoleh undi Melayu.

PR akui undi Melayu kini tidak lagi memihak kepada mereka dan cuba berusaha mendapatkan undi Cina dan India. Persoalannya, mahukan undi Cina diberikan kepada PKR kerana sehingga kini Cina lebih selesa memberikan undi mereka kepada parti komunis DAP.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger