Monday, July 9, 2012



Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menjelaskan bahawa slogan PR bukan “Demi Rakyat” sebaliknya ditukarkan kepada “Rampasan Kuasa Didahulukan, Pentadbiran Huru-Hara Diutamakan”.

Ini kerana PR lebih berminat kepada mengamalkan politik kebencian termasuk melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum berbanding mengamalkan politik bersih. Berbeza dengan pendekatan MCA yang mendukung usaha mengintegrasikan rakyat oleh BN sejak negara merdeka lagi.

Menjadi kelaziman DAP yang hanya tahu menyalahkan kerajaan Pusat apabila gagal membawa perubahan di Pulau Pinang, tetapi pada masa yang sama bersikap tidak malu mengambil pujian atas hasil kejayaan besar dasar kerajaan negeri yang ditadbir BN sebelum ini.

Selain itu, DAP gemar menyalah dan memburukkan agensi dan jabatan kerajaan menerusi pelbagai kaedah termasuk perhimpunan haram BERSIH.

DAP kerap kali menyatakan bahawa parti itu tidak bersikap perkauman dan merupakan parti berbilang kaum, tetapi hakikatnya DAP sebuah parti cauvinis Cina. Lihat sahaja bagaimana struktur DAP negeri yang mana tidak seorangpun Pengerusinya diwakili pemimpin Melayu atau India. 

Bercakap soal ekonomi, DAP kerap menyatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) meminggirkan orang Cina namun hakikatnya purata pendapatan isu rumah dan pemilikan hartanah oleh kaum Cina adalah lebih tinggi berbanding kaum-kaum lain termasuk Melayu. Juga, kada pengangguran kaum Cina juga berkurangan.

Dalam pada itu, sikap berdiam diri DAP dalam akuan bersumpah Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid yang mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengawal lebih 20 akaun induk bernilai RM3 bilion semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Begitu juga skandal tanah yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM1 bilion di Selangor. DAP juga tutup mata.

Demikian juga ketidaktelusan dalam pemberian tender terbuka di Kedah dan Kelantan yang dikuasai PAS serta projek WiFi di Pulau Pinang yang dianugerahkan tanpa melalui proses tender.

1 comment:

  1. LIM GUAN ENG BUKANNYA BERDEBAT TAPI BERPIDATO DARI TEXT...YANG DIA SEDIAKAN. BELIAU TIDAK MENJAWAB BANYAK SOALAN DARI CHUA SOI LEK....AND MEMBER OF THE FLOORS AND PANELIST.PELUANG YANG DIBERI DIGUNAKAN BELIAU UNTUK PLATFORM CERAMAH POLITIK.ITS A WASTE OF TIME BERCAKAP SYOK SENDIRI TANPA FAKTA ATAU STATISTICS. ON THAT NOTE CHUA SOI LEK SPEAKS VOLUME.

    MORRIZO

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!