CAMPUR TANGAN POLITIK MEMUNGKINKAN UNISEL KINI DIAMBANG PENUTUPAN



Universiti Selangor (UNISEL) yang dibangunkan Kerajaan BN semasa mentadbir Selangor suatu ketika dahulu gah menjadi IPT pilihan rakyat Selangor dan Malaysia dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Pada ketika itu, campur tangan politik amat minimum bagi membolehkan pentadbiran UNISEL memfokuskan dalam melahirkan modal insan kelas pertama.

Seperti kata pepatah Melayu, ingatkan mendung hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah perumpamaan yang selayaknya ditujukan kepada UNISEL sekarang yang dilihat menjadi tidak ubah seperti gajah putih.

Manakan tidak, penubuhan UNISEL yang suatu ketika dahulu untuk melahirkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang bagi membangunkan negara, tetapi kini sejak diambilalih Kerajaan Pakatan Pembangkang, UNISEL kini seperti gedung melahirkan pelajar yang benci membenci dan hasut menghasut khususnya terhadap Kerajaan Persekutuan dan BN.

Meletakkan Ahli Lembaga Pengarah di kalangan ahli politik dalam mengurus dan mentadbir UNISEL telah banyak mempengaruhi tindakan dan keputusan IPT berkenaan. Malah, boleh dikatakan UNISEL kini cuba melahirkan bakat dan kepimpinan yang disematkan dengan perasaan kebencian. Atas sebab itu, UNISEL kini tidak lagi gah seperti zaman kegemilangannya semasa pentadbiran BN. Bahkan kedudukan UNISEL kini jatuh merudum dan tidak mustahil ianya akan ditutup angkara ketiadaan pelajar baru.

Keadaan ini sangat merugikan rakyat khususnya pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke menara gading dan menimba ilmu. Menjadi dasar Kerajaan Pakatan Pembangkang yang banyak menyusahkan rakyat demi kepentingan dan matlamat politik mereka. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger